Isnin, 28 Oktober 2013

Usaha menempuh ujian

Bismillah
Alhamdulillah
wassolatu ala rasulillah sayyidi wahabibi
watobi biqalbi wajasadi waruhi

Ketika ini ana yakin ramai sahabat ana sedang bertungkus lumus mengulangkaji
Tahniah dan syabas kepada mereka
kerana bersuaha bersungguh- sungguh untuk cemerlang
Ana pun sedang ' study ' subjek Tahun Akhir yang agak memeningkan kepala juga (^_^)



Namun disini ana ingin mengajak diri ana dan sahabat yang membaca blog ini
agar berfikir sejenak tentang beberapa soalan di bawah ini
sambil - sambil kita mengulangkaji pelajaran :

1) Kerana siapakah kita belajar ?
2) Untuk apakah kita belajar ?
3) Apakah yang ingin kita tunjukkan kepada orang ramai semasa kita belajar ?

baiklah, kemudian kita sama- sama renung pulak soalan ini :

1) Untuk apakah kita berjaya dalam peperiksaan ?

2) Kerana apakah kita nak berjaya dalam peperiksaan ?

Harus diingat sahabat, sebagai HAMBA ALLAH, kita sememangnya selalu diUJI oleh Allah
dengan bermacam jenis peperiksaan
Adakalanya kita LULUS
dan adakalanya kita GAGAL

Tapi berapa ramaikah manusia yang sedar akan diri mereka yang sedang diNILAI dalam peperiksaan ALLAH

Peperiksaan kita juga tidak terhenti di dunia sahaja
Setelah kita MATI di alam BARZAKH nanti pun kita akan diperiksa dan dinilai oleh Munkar dan Nakir

Renungkan- renungkan dan selamat bermujahadah (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan