Jumaat, 1 Januari 2010

Sambutan Tahun Baru ..Apa yang disambut ??

Bismillahirrahmanirrahim

  Di saat ana sedang menaip apa yang hendak ditulis. Ketika ini ana mendengar deruan motor budak kampung ana yang masing-masing ingin menunjukkan kemachoan mereka di hadapan ' makwe ' mereka dengan mengangkat tayar motor di bahagian hadapan. Ironinya ' makwe ' mereka seolah-olah tidak takut malahan makin seronok dengan aksi tersebut. Ana hanya mampu melihat mereka dari dalam rumah sahaja. "Anak sapa la tu abang, buat hingaq depan rumah kita ni,udin nak tidoq pun tak boleh", desus adik ana kepada ana sambil memuncungkan mulutnya. Ana hanya tersenyum melihat gelagat adik ana yang sorang ni yang bakal memasuki tingkatan 1 pada tahun 2010.

     Tak lama kemudian adik ana pun bangun dari tidurnya lalu terus duduk di tepi ana yang sedang menaip ni. "Udin, abang nak menulis sikit ni, udin pi la buka TV tu" suruh ana kepada adik ana. Adik ana pun menonton televisyen tersebut, ana lihat rata-siaran televisyen pada ketika ini semunya meyiarkan rancangan hiburan sempena menyambut tahun baru. Sedih. Hati ana berasa sungguh sedih melihat orang Islam kita semakin jauh dengan Allah. Bagi mereka hiburan dan keseronokan adalah segalanya bagi mereka. Ana sedih kerana kita telah kehilangan banyak tenaga muda untuk dikerahkan ke arah pembangunan Islam. Begitu mudah sekali mereka terpengaruh dengan agenda yahudi.

     Tepat pukul 12 tengah malam, bergemalah bunyi letupan bunga api dan riuh rendah orang yang menyambutnya. Sekali lagi bunyi bising daripada motor yang ditunggang oleh 'samseng jalanan' ini menguasai kepekatan malam. "Depa tu tak balik rumah ka abang?" soal adik ana yang sudah pun berada di atas katil setelah abis siaran tadi, ana pn menjawab "entahla udin, depa tidoq kat jalan kot,hehehe" usik ana. Sebenarnya apa yang mereka buat ana pun tidak tau. Sudahlah lelaki dan perempuan menunggang motor. Entahkan apa lagi yang mereka buat pada malam tahun baru ni. Siapa peduli. Kadang-kadang ana merasakan sambutan tahun baru tak patut dilaksanakan kerana ia lebih mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

    Bukan membantah tujuan murni diadakan program tersebut tapi memandangkan program tersebut lebih membawa ke arah keburukan dan maksiat, kita sebagai umat islam harus menggunakan akal yang waras untuk berfikir dan bertindak. Bukan untuk kepentingan diri tapi untuk kepentingan survival agama Islam. Diharap saudara pembaca dapat memahami apa yang ana cuba sampaikan. Ingatlah mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

    Segala yang lemah dan keburukan datangnya darpada saya dan segalanya yang baik itu datangnya jua daripada Allah namun pada hakikatnya kedua-duanya datang daripada Allah yang maha berkuasa.

wallahua'lam (^_^)