Rabu, 22 April 2009

ANA @ SAYA

Assalamualaikum, hari ini ana berasa sangat keliru, emm, siapakah diri ana ini? apakah yang ana cari dalam hidup ini? ana pun kurang pasti??? emm, hari sememangnya tidak serupa dengan masa lalu. Apabila bercakap tentang masa lalu ini, ana terimbau-imbau kenangan lama yang ana rasa tak mngkin luput dalam ingatan ana, melihatkan cara ana dibesarkan di kawasan kampung dan kehidupan yang sederhana, ana tak sangka bahawa ana boleh menjadi seperti ana pada hari ini. Ana sebenarnya baru lagi mengenali tentang laman web dan peggunaannya yang sangat luas terutama sekali dalam penggunaan blog, sebenarnya blog ini merupakan luahan hati atau kemungkinan diari seseorang. Tapi sekarang ini orang lebih mempercayai tulisan blog daripada berita atau pun akhbar. Emm, saudara fikirlah sendiri apa sebabnya???............Wallahua'lam........

Selasa, 21 April 2009

KUASA.........


Assalamualaikum, emm, tiba-tiba saja ana hari terasa pula hendak menulis tentang kuasa. Emm, bila disebut kuasa pasti pelbagai tafsiran dan pandangan yang akan fikirkan. Sudah semestinya kita sebagai manusia tidak boleh lari daripada perspektif kita kepada orang lain dan juga orang lain kepada kita.Politik diwujudkan untuk manusia berkuasa mentadbir sesuatu kawasan atau tempat. Apabila wujudnya politik maka akan wujud juga pertubuhan atau parti politik. Secara tidak langsung akan berlakunya perebutan atau pertandingan untuk mendapat kuasa politik. Pertandingan sebenarnya sangat baik kepada politik kerana parti politik masing-masing akan menunjukkan komited untuk memajukan rakyat samada dari segi ekonomi, sosial, rohani dan hal ini akan menguntungkan rakyat secara umumnya. Tetapi dari sudut yang lain pertandingan ini secara tidak langsung akan membawa perpecahan dalam kalangan rakyat itu sendiri. Hal ini disebabkan oleh tindakan ahli politik atau pengikutnya yang terlalu taksub dengan perjuangan mereka dan mengatakan pertubuhan politik lain tidak betul, bersifat perkauman, dan berbagai-bagai lagi. Itu satu perkara.


Emm,menyebut tentang kuasa ini, banyak manusia yang melakukan pelbagai cara untuk memperolehnya. Antara cara-cara mendapatkan kuasa adalah dengan melakukan pilihanraya, menggulingkan kerajaan melalui gerakan rakyat atau tentera, mengadakan referendum, dan banyak lagi.Bagi individu pula, mereka lebih suka berdampingan dengan pemimpin atasan yang bertujuan untuk menunjukkan bahawa merekalah pelapis yang dicari tanpa memikirkan bahawa orang-orang di bawah mereka ini yang tidak diberi perhatian dalam erti kata lain membodek, ada pula mereka ini yang suka berbahas dan berdebat di khalayak ramai bagi menunjukkan bahawa mereka ini hebat. Emm, yang paling ditakuti dan berbahaya adalah dengan memberi rasuah. Emm, rasuah amat dilarang di dalam ajaran Islam dan ana rasa agama lain pun begitu juga. Hal ini kerana rasuah mempunyai unsur-unsur yang tidak baik seperti tidak telus, tidak amanah, tamak, dan bermacam lagi yang boleh dikaitkan dengan perbuatan tidak bermoral ini. Bagi ana tidak ada untungnya kita menerima rasuah, kerana bagi yang mempercayai tentang Qada' dan Qadar serta Rezeki akan mempercayai bahawa Allah akan memberi rezeki walaupun tidak mewah tapi mencukupi.


Pesan ana kepada yang bertanding tidak kiralah politik ke, ataupun peringkat-peringkat yang lain seperti organisasi, pertama sekali anda perlu berniat ikhlas kerana Allah untuk menegakkan agama, bangsa dan negara dan yang kedua anda perlulah mengukur kemampuan anda untuk menyumbang apabiala memegang jawatan tinngi kelak.................................Wallahua'lam.............

Isnin, 20 April 2009

ANTARA REALITI DAN FANTASI


Assalamualaikum,hari ini seperti biasa ana pergi ke kelas untuk menelaah ilmu secukupnya untuk bekalan bakal anak didik pada masa kelak.Semalam ana ada terbaca sebuah akhbar tabloid di sebuah kedai sewaktu hendak mengeluarkan duit di bank.Akhbar itu menyatakan bahawa seorang pemimpin tertinggi suatu pertubuhan politik telah "menarik balik"cadangan beliau untuk menjalinkan kerjasama dengan petubuhan politik lain demi kepentingan rakyat memandangkan keadaan politik dan negara sekarang yang tidak begitu stabil.Emm,mungkin ramai yang tertanya,kenapa tindakan itu diambil?apa alasan yang menyebabkan cadangan yang baik dan mulia serta sangat dituntut oleh Baginda Rasulullah S.A.W ditarik balik?Emm,nampaknya persoalan demi persoalan akan terus muncul daripada pelbagai pihak.Ana sebagai orang muda pun tidak faham dan tertanya-tanya sebab berlakunya perkara itu.Mungkin mereka yang berkaitan mempunyai alasan yang cukup kukuh dan ampuh untuk bertindak sebegitu.Apapun ana berharap agar segala keputusan mereka itu berlandaskan agama dan mengikut Al-Quran dan As-Sunnah,dan tidak demi menjaga kepentingan orang lain,kerana kepentingan dalam menegakkan Syiar Islam lebih utama daripada segalanya..................................

Wallahua'lam

Ahad, 19 April 2009

PILIHAN RAYA


Assalamualaikum,emm,ini kali kedua ana membuka blog ana,kerana sedikit sibuk dengan pelajaran sewaktu mengikuti kuliah.Sejurus selepas kuliah,ana ada terbaca sebuah akhbar yang menceritakan akan berlakunya pilihan raya kecil.Emm,nampaknya negara kita sekali lagi akan berdepan dengan pilihan raya kecil yang kini dilihat sudah pun dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang sebenarnya amat cerdik dalam bidang perundangan tapi menyalahgunakan kecerdikan itu untuk kepentingan tertentuMereka ini menggunakan demokrasi untuk menghalalkan segala perbuatan mereka tanpa mereka sedari demokrasi ini asalnya daripada mana?dan siapa yang sebenar pencipta demokrasi?.Emm,ana rasa saudara pembaca boleh menjawabnya.Mereka ini amat mudah sekali mementingkan diri sendiri meletakkan jawatan tanpa memikirkan rakyat yang menyokong dan mengundi mereka mungkin masih memerlukan khidmat mereka sebagai wakil rakyat.Emm,lagi satu ana ada terbaca satu kolum akhbar berbincang tentang hal ehwal orang Islam-Melayu.Ana sebagai generasi muda yang rasanya masih tidak terpengaruh dengan mana-mana persatuan atau pertubuhan secara radiakal berasa kecewa kerana umat Melayu-Islam kini makin berpecah disebabkan oleh hal yang boleh dirundingkan sesama mereka.Alangkah sedihnya jika Rasulullah masih hidup dan melihat keadaan yang berlaku di bumi kita ini,umat Islamnya berpecah-belah,kerana sewaktu hayat Baginda S.A.W,Baginda mencuba sedaya upaya untuk menyatukan umat Islam di Madinah dan juga Mekah serta akhirnya Baginda berjaya melakukannya.Namun kita selaku umatnya yang lemah dan tidak maksum seperti Rasulullah pula beriya-iya untuk berpecah sesama sendiri demi kepentingan tertentu.Rasulullah pernah berpesan dalam sabdanya'Jika dalam kalangan kamu ada khilaf sesama sendiri dalam menetapkan sesuatu perkara atau hal,hendaklah kamu semua berbalik(merujuk)kepada Al-Quran dan Sunnah'...Auqamaqal...

Oleh itu,ana berharap agar umat islam dapat bersatu dan hukum Islam dapat ditegakkan....

Insyaallah...Wallahua'lam

Jumaat, 17 April 2009

Salam Taaruf

Asslamualaikum,emm,alhamdulillah,akhirnya ana berupaya mewujudkan blog ana sendiri walaupun ana masih lagi terkapar-kapar dalam melengkapkan diri dalam bidang ICT.Diharapkan agar segala kekurangan atau kesilapan dapat dimaafkan kerana ana bukanlah orang yang pakar dalam bidang ini.Ana harap dengan adanya blog ini akan memberi ana peluang untuk mengeluarkan pendapat ana yang masih kurang dari sudut pengalaman dan ilmu.Wallahuallam...