Sabtu, 14 April 2012

Perancangan Allah..siapa tahu ?

Bismillah
Walhamdulilah
Allahumma Solli Ala Saiyyidina Muhammad
Waala Ali Muhammad

Lama ana tak menulis dan menjenguk blog ana
Subhanallah terlalu sibuk dengan kerja
kerja islam dan kerja akademik
di sini ana terasa pula nak kongsi cerita

ceritanya begini...

ana dahulunya tinggal di rumah yang berhampiran Masjid
Alhamdulillah diberi peluang untuk mengimarahkan masjid
mengadakan aktiviti dakwah di masjid
ukhuwwah dan ilmiah

setelah tamat tempoh tugasan ana
ana terus dipindahkan di asrama
ana tak menganggap bahawa bila dipindahkan maka
tugas sebgai pendakwah terhenti

Namun perancangan Allah lebih hebat
apabila ana diletakkan dalam asrama
Allah memberi ana peluang untuk bergaul dengan semua orang
orang yang faham agama, tinggi ilmu agama

orang yang cetek agamanya dan non-muslim
subhanallah
ana melihat tugas ana semakin bermakna
apabila ana dikelilingi oleh orang sebegini

tanggungjawab dakwah perlu dan wajib dilaksanakan
walau dalam keadaan berat mahupun senang
" siapa yang mengucap kalimah lailahaillallah "
dia merupakan daie yakni pendakwah

p/s : ana dalam proses mengajak beberapa sahabat non.muslim untuk mengenali islam..harapnya doa-doa daripada sahabat dalam blog ini juga dapat membantu beliau untuk menerima HIDAYAH Allah dan memeluk islam.. (^_^)