Khamis, 28 Oktober 2010

Wasiat seorang syuhada'

"Seandai mereka membunuhku maka negeri mereka tidak akan aman. Seandainya mereka memenjarakanku maka mereka tidak bisa tidur tenang. Cintaku pada Allah sentiasa mekar."


Beraya di rumah kakakku menemukan aku dengan 2 vcd tentang perjuangan Hamas ( Brigade Imam As Syahid Izzuddin Al Qassam khususnya) menentang Zionis laknatullah di bumi suci Palestin sana. Aku tertarik lalu aku menonton bersama adikku di rumah diruang masa yang Allah sempatkan. Ada sesuatu yang benakku merasakan ia sangat berguna untuk dikhabarkan dan disebarkan pada sahabat-sahabat semua - wasiat para syuhada.


Aku merajinkan jemariku untuk menaip kembali setiap bait yang dilafazkan oleh para syuhada sebelum mereka bertemu Tuhan yang mereka rindukan. Aku teliti beberapa kali wasiat mereka, ternyata ada 'sesuatu' disana. Seolah mereka sedang memberi nasihat dan amanat padaku. Pesanannya hidup.


Segar.

Mari kita teliti bersama.


***

"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati bahkan mereka hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki." (Al- Imran : 169)


Dari Putra Islam, anggota Brigade As Syahid Izzuddin Al Qassam, Muhammad Ahmad Marsum Abu Dujanah mengirimkan suratnya melalui cara sederhana ini.


Kepada ibuku tercinta, yang telah menjagaku siang dan malam. Ibu yang mendorongku untuk membantu para mujahid dengan segala yang aku mampu. Aku berdoa kepada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa untuk menyabarkan hatimu.


Ibu, maafkanlah aku dan relakan aku. Janganlah kau tangisi pemergianku. Senyumlah dengan wajah gembira seperti wajahnya mereka yang memberi selamat.


Wahai ibuku, jadilah Khonsa' moden. Aku tidak menyatakan selamat jalan wahai ibu tetapi syurgalah tempat pertemuan kita.


Kepada ayah tercinta, yang menjagaku siang dan malam dan tanpa lelah terus berjuang untuk memberi sesuap nasi untukku dan saudara-saudaraku. Maafkanlah aku dan lihatlah apa yang telah Allah siapkan untukmu dan ibu disyurga. janganlah kalian menangis.


Selamat tinggal ibuku tercinta. Selamat tinggal ayahku tersayang.


Aku berwasiat pada kalian dengan wasiat Rasulullah SAW kepada umatnya

"Jagalah solat. Jagalah solat dan perhatikan orang-orang yang menjadi tanggunganmu"


Dan aku berwasiat dengan apa yang Ibrahim AS wasiatkan kepada anak-anaknya dan kepada Yaakub.

"Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam Islam." ( Al Baqarah : 132)




***

Ini wasiat As Syahid Abu Dujanah. Pendek tetapi tidak ternilai untaian bicaranya.
Aku yang menaip kembali wasiat ini seolah terasa ada 'ruh' bersama bait-bait bicara hatinya. Sungguh. Yang meniupkan sedikit kekuatan padaku. Yang memberikan segerombolan semangat padaku. Dan yang pasti, kerinduaan aku untuk menjejaki para syuhada bertemu Allah dalam keadaan mulia ini membuak-buak. Moga rindu ini menjadi kenyataan!

Rabu, 27 Oktober 2010

Jika ditegur tentang aurat...

Bolehkah Wanita Menerima Jika Ditegur Tentang Aurat
www.murabbi.net
Dihantar Oleh : star_sts
Editor: KAKLONG

...يبسم الله الر حمن الر حىم


Tentang aurat lagi nampaknya pos yang ana hantar ni. Sebelum ni ana ada menghantar pos yang bertajuk "Luahan Rasa : Kesalahan Kerap Wanita Berkenaan Aurat". Ana sebenarnya bukanlah lelaki yang sempurna, bukan juga lelaki yang terlalu baik, tetapi tak salah rasanya ana berbicara tentang agama Islam ini.


Hari ni ana ada terima komen yang dihantar oleh seorang hamba allah yang mengatakan kenapa ana tak tegur wanita disekeliling ana yang tidak menjaga aurat? Jadi ana nak ucapkan terima kasih kepada hamba allah ini. Jangan risau kerana ana tidak kecil hati pun.


Untuk pengetahuan, sebenarnya sejak sekolah lagi dah banyak kali ana menegur sahabat-sahabat dan kawan-kawan ana dari kaum hawa tentang pentingnya menjaga aurat. Tetapi seperti ana katakan tadi, ana bukanlah lelaki yang sempurna untuk menegur mereka. Di kelas juga ana bukanlah seorang yang banyak bercakap. Kadang-kadang adik ana sendiri pun ana masih gagal membentuk walaupun sudah banyak kali ana tgur.


Begitu juga dengan rakan-rakan sewaktu ana bersekolah dahulu. Bukan ana tak pernah tegur tetapi bila ana tegur mereka banyak jawapan yang ana dengar:


-Ada yang kata "Tak naklah jadi hipokrit. Dah biasa macam ni. Biarlah."

-Ada pula yang kata "Aku bukannya sekolah agama nak jaga benda-benda ni",

-"Dah biasalah macam ni"..

-" Suka hatilah!!, sibuk kenapa??"



Pernah sewaktu dalam kelas, ana duduk depan dan yang wanita duduk belakang, bila ana terpandang belakang nampaklah yang mereka ni tak menjaga aurat, ana pun tegurlah dan mereka kata "Yang pandang belakang ni buat apa! Sibuk je nak pandang belakang". Sedangkan waktu tu dalam kelas, salah ana ke yang terpandang belakang dan tegur mereka?


Ada yang pakai baju lengan pendek ana tegur, lepas je ana tegur tu makin dia naikkan lengan baju dia tu sampai nampak 'dalam' baju tu. Ada juga ana cakap dengan nada gurau "Ei, aurat" (sambil ana tunjuk kat lengan dia). Lalu dia menjawab, " Ai, lawak kasar ni!"


Pernah juga bila keluar ramai-ramai sengaja ana pakai baju lengan panjang. Jadi bila ana nak tegur ana akan naikkan sebelah lengan baju dan sebelah lagi ana biarkan. Jadi ana akan tanya kepada sahabat wanita "Apa beza antara dua lengan ana ni?" Jadi ana akan jawab sebelah ni cara untuk perempuan tutup aurat dan sebelah lagi untuk lelaki.


Subhanallah..


Mungkin kerana ini, debat seperti pos ana yang bertajuk Luahan Rasa : Kelas Tutorial (Pengguguran) menjadi hangat.Adakah kerana keegoan mereka menerima teguran, lantas tidak takutkan hukuman allah? Adakah mereka ini ingin menjadi ahli neraka yang tidak akan mencium bau syurga?


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)



Tapi ada juga sesetengah kawan ana kat sekolah bila jumpa atau nampak ana pada jauh diorang tau dah ana nak cakap apa, jadi cepat-cepat mereka tutup aurat mereka. Tapi mereka ni tutup bila nampak ana je. Hmm, takpelah. Belajar sikit-sikit, dari yang tak tahu menjaga aurat tu kan lagi susah.


Tetapi alhamdulillah, bukan semua yang tak boleh menerima teguran. Ada juga yang mampu menerima. Tahniah ana ucapkan kepada mereka. Ana sendiri pernah ditegur tentang kesilapan yang ana pernah lakukan dan kepada sahabat-sahabat yang nampak kesalahan dan kesilapan ana, tegurlah ana sebagai sahabat. Insyaallah ana akan cuba terima dengan seikhlas hati. Ana pernah mendengar sabda Rasullullah saw, "Sampaikanlah perkara yang baik itu meskipun kamu tidak mampu mengamalkan sepenuhnya". Kita dituntut untuk mencegah amar makruf nahi mungkar. Memang mudah untuk kita melakukan amalan tetapi bukan semua mampu mencegah kemungkaran.


Jadi kepada setiap umat Islam, kita wajib memperingati sahabat-sahabat yang lain jika mereka semakin longlai dan lemah dalam menggerakkan dakwah Islamiah. Peringatan yang berupa nasihat mestilah disebarkan kepada semua umat Islam supaya kesedaran dalam merungkai segala permasalahan dapat dilakukan bersama-sama secara berkesan. Janganlah dibandingkan kaum adam dan hawa. Tidak dinafikan kaum adam juga bukanlah semuanya baik, tetapi sebagai peringatan, yang penting jagalah diri masing-masing.



Muslimat di luar sana,
Sudikah anda jika ditegur tentang aurat anda?
Sudikah anda ditegur tentang dosa yang sangat diperjuangkan syaitan ini?
Bersamalah anda muhasabah diri....
Bersamalah kita koreksi diri....

TAKHLIF VS TASYRIF

Kepimpinan : Taklif vs Tasyrif
www.murabbi.net
Dihantar Oleh : khaulah
Editor: KAKLONG


Dalam kerancakan pemilihan kepimpinan hari ini, kita hendaklah menyedari bahawa kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif ) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah ( taklif ). Ini perlu dihayati dan dimuhasabahkan oleh kesemua bakal – bakal pemimpin.

Sebenarnya, terdapat dua perbezaan sikap yang ketara antara tasyrif dan juga taklif:

1. Orang yang menganggap kepimpinan adalah kedudukan dan tasyrif baginya akan berkeinginan kepada jawatan tersebut tanpa berfikir ia akan melaksanakan tanggungjawab kepimpinan yang terpikul dibahunya dengan jawatan tersebut. Dia berbangga bahawa dia seorang berjawatan tinggi tanpa dia merasai bersalah dan gerun bahawa tanggungjawab yang dibebankan keatas bahunya itu nanti akan menyebabkan kehinaan dan penyesalan pada dirinya pada hari kiamat jika ia tidak melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.


2. Manakala orang yang faham bahawa ia adalah taklif yang akan dipersoalkan pada hari akhirat, ia akan wara’ terhadap jawatan. Jika maslahah dan syura memutuskan, ia memegang jawatan ia akan bertanggujawab dan akan cuba melaksanakannya dengan besungguh-sungguh. Maka ia ambil dengan perasaan takut dan merasai muraqabah Allah s.w.t.


Sewajarnya kita melihat kepimpinan bukanlah satu aset yang wajar dibanggakan, ada individu yang merasakan dirinya lebih daripada yang lain kerana jawatan yang disandang.


Sesungguhnya Islam memuliakan seseorang pemimpin dan mengajarkan konsep taat selagi mana tidak menyalahi syariat, namun pemimpin perlu sedar kemuliaan yang diberikan ini hendaklah disalurkan kepada jalan yang hak, tanpa penyalahgunaan dan pengabaian terhadap amanah.


Seorang pemimpin hendaklah sedar tanggungjawab yang digalas adalah besar. Amanah yang dipikul akan ditanya oleh Allah kelak. Kerana itulah Rasulullah SAW awal-awal lagi memperingatkan umatnya dengan amanah kepimpinan ini. Pernah suatu ketika Abu Zarr al-Ghiffari berkata kepada Rasulullah:


"Apa tidakkah anda mahu mengangkat saya menjadi gabenor (pemimpin wilayah)?" Maka baginda pun menepuk bahu Abu Zarr dan bersabda : ”Wahai Abu Zarr, anda lemah. Ini adalah amanah. Ia sumber kehinaan dan penyesalan di hari kiamat kelak, kecuali siapa yang menerima mandat kepimpinan ini dengan betul dan menunaikan segala tuntutannya."( Riwayat Muslim )


 

Ahad, 24 Oktober 2010

UKHUWWAH..Ramai yang tertipu...

BERUKHUWAH MEMANG INDAH.. TAPI TAK SEKEDAR UKHUWAH INDAH.

Berukhuwah Islamiyah (Bersaudara dalam Islam) memang indah dan menjadi ungkapan yang mahal hari ini, tapi tak sekedar ukhuwah indah.. hingga terlupa hak-hak saudara, terlupa akan tergelincirnya hati yang lelah, banyak amanah dan melunturkan .azzam. (keinginan) untuk berdakwah. Dakwah yang tertegak atas cinta, yang terhubung oleh cinta dakwah, yang bersemi dengan persaudaraan karena Allah SWT, dan terikat kuat bila disatukan oleh aqidah yang direkatkan atas nama cinta pada Allah SWT. Dan atas nama cinta.. kupersembahkan untaian kata ini kepada saudara-saudariku tercinta, yang bergerak atas dasar cinta pada Allah SWT dan keikhlasan dalam meraih RidhoNya...UHIBBUKI FILLAH. (Aku Mencintaimu karena Allah).

HAKIKAT BERSAUDARA DALAM ISLAM

Ukhuwah Islamiyah (Persaudaraan dalam Islam) adalah salah satu karunia, cahaya, dan nikmat Ilahiyah yang dituangkan oleh Allah ke dalam hati hambanya yang ikhlas, para wali pilihan, dan orang-orang yang bertaqwa kepadaNya, serta menyatu dengan Iman dan Taqwa. Karena tidak ada ukhuwah tanpa Iman, dan tiada Iman tanpa Ukhuwah. Maka tidak diragukan lagi jika ukhuwah ini kosong dari Iman, akan mengakibatkan ikatannya menjadi ikatan yang didasari oleh adanya kepentingan dan manfaat pribadi, kelompok / golongan, yang mengakibatkan dapat menghancurkan ukhuwah itu sendiri cepat ataupun lambat. Jika anda menjumpai orang yang mengaku dirinya berIman dan berTaqwa, tetapi dia tidak memiliki sifat ukhuwah dan persahabatan murni, berarti imannya masih setengah-setengah dan taqwanya palsu. Rasulullah dalam sabdanya menjelaskan, bahwa : "Tidak beriman seorang dari kamu, sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri" (HR. Bukhari . Muslim).

KEUTAMAAN UKHUWAH ISLAMIYAH

Ukhuwah islamiyah selalu menghadirkan pesona yang luar biasa dan merupakan kebutuhan fitrah dan asasi yang senantiasa menuntut untuk dipenuhi. Dan sejak dahulu, kini, hingga akhir jaman, senantiasa dirindukan perwujudannya dalam kehidupan Umat Islam.

Adapun keutamaan Ukhuwah yang lebih utama adalah nikmat Allah SWT yang besar. Memutuskan ukhuwah sama saja dengan mengkufuri nikmat tersebut. Allah SWT berfirman dalam Surat Ali .Imran (3) ayat 103, yaitu : "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah keseluruhannya, dan janganlah kamu berpecah belah. Ingatlah kamu akan nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepadamu ketika kamu dalam keadaan saling bermusuhan, lalu Allah menyatukan antara hati-hati kamu. Maka jadilah kamu dengan nikmatNya bersaudara."

Sehingga jika diri sudah memahami ayat-ayat Allah mengenai keutamaan berUkhuwah, maka wajah diri akan semakin bersinar, dosa-dosa mereka diampuni, pada hari kiamat mereka berada dibawah naungan Arsy-Nya, berada dalam naungan cinta pada Allah, berada di dalam Surga Allah dan keridhoanNya, dan merasakan .manis.nya Iman dalam hati..Subhanallah.

SYARAT-SYARAT UKHUWAH ISLAMIYAH

1. Ikhlash karena Allah semata, 2. Harus disertai Iman dan Taqwa (Qs. Al Hujuuraat (49) : 10, Qs. Az Zukhruf : 67), 3. Harus berjanji untuk berhukum dengan hukum Allah SWT dan mengembalikan segala persoalan kepada petunjuk Nabi Muhammad SAW. 4. Tegak berasas Nasihat karena Allah, 5. Setia dalam waktu senang dan waktu susah.

Apabila persyaratan diatas terpenuhi, maka ukhuwah akan tangguh dan tegar, tidak akan terpengaruh oleh badai dan topan yang menerpanya. Dia akan menjadi kokoh seperti gunung, bersinar seperti matahari dan akan selalu tegar seperti pagi yang cerah.

INDAHNYA MERETAS UKHUWAH HARMONIS BUAT DAKWAH SEMAKIN .MANIS.

Islam selalu menghendaki ukhuwah yang bersih lahir dan batin. Hingga persaudaraan hangat yang muncul pun bukanlah lips service semata, namun memang terpatri kuat di dalam dada. Untuk memujudkannya, Rasulullah SAW. memberikan kiat-kiatnya :

1. Beritahukan kecintaan anda kepada yang anda cintai atas nama Allah : Dari Anas ra., ketika seseorang berada disisi Rasulullah SAW, lalu seorang sahabat berjalan melewatinya. Orang yang berada disisi Rasulullah tersebut mengatakan, "Ya Rasulullah, aku mencintai dia." Rasul bersabda : "Apakah kamu sudah beritahukan padanya ?." Orang itu menjawab, "Belum" Lalu Rasulullah SAW bersabda, .Beritahukan kepadanya !.. Orang itu pun memberitahukan kepada sahabatnya dan berkata, "Sesungguhnya akuu mencintaimu karena Allah." Kemudian sahabatnya menjawab, "Semoga Allah mencintaimu karena engkau mencintaiku karenaNya" (HR. Abu Dawud). 2. Mohon dido'akan dari jauh bila berpisah, 3. Saling tolog menolong dalam kebaikan, tiada prasangka dalam bersaudara, 4. Tunjukkan kegembiraan dan " senyuman " bila berjumpa saudara, 5. Berjabat tangan dan saling bermaafan ketika bertemu maupun akan berpisah, 6. Sering bersilaturahmi, memperhatikan saudaranya dan membantu keperluannya, 7. Memenuhi hak ukhuwah saudaranya, Yaitu : mengucapkan dan menjawab salam, membela mu.min yang digunjing / didzolimi, menutupi aib saudaranya, memperhatikan nasihat yang disampaikan, memenuhi undangannya, mendo.akan jika bersin, dan berinteraksi dalam rangka dakwah dijalanNya.

Itulah warisan yang tampak jelas bernilai bahwa hak-hak ukhuwah tersebut mencakup setiap muslim yang meyakini Allah sebagai Rabbnya, Muhammad sebagai Nabi dan Rasulnya, Al Qur.an sebagai imamnya, dan Islam sebagai Diennya. Sesuatu yang hari ini semakin menipis melapisi aktivitas kita. Kapankah kiranya kita akan tergerak membenahinya ? Semua bergantung pada nilai diri dan keyakinan akan janji Allah dan Rasulnya. Maka saling tolong menolonglah kita secara lahir dan batin, sungguh Allah SWT sangat mencintai hambaNya yang suka tolong menolong. Semoga ukhuwah ini makin harmonis yang buat laju dakwah semakin bertambah .manis. dan tak akan mengering hingga ke ujung hati tiap Muslim . Muslimin pengemban risalah dakwah.. Amin.

Wallahu a.lam bish showwab. (Dari berbagai sumber..)

"Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan kecintaan hanya kepada-MU, bertemu untuk taat kepada-MU, bersatu dalam rangka menyeru (dijalan)MU, dan berjanji setia untuk membela syari.at-MU, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya ya Allah..abadikanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-MU yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-MU, hidupkanlah dengan ma.rifah-MU, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-MU".

Amin.....Smile

Khamis, 21 Oktober 2010

Lillahitaala...

Bismillahirrahmanirrahim
( Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha pengasih )

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana ana masih dikurniakan nikmat iman dan islam dan masih kekal dalam perjuangan menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang batil. Alhamdulillah. Sesungguhnya tiada dayaku melainkan dengan kekuasaanMu juga.

       Alhamdulillah, ana menulis bukanlah untuk berceramah atau berkhutbah. Cuma kali ini. Masa ini. Situasi ini memeberi ana sesuatu kesedaran yang amat mendalam. sepanjang berada di dalam perjuangan ana dapat melihat pelbagai ragam manusia. Ada yang hendakkan harta, ada yang hendakkan pangkat, ada juga yang hendakkan pengaruh. Subhanallah.

      Sehingga pada suatu detik dan ketika ana mengambil sikap menyendiri dan hanya berhubung dengan Allah Azzawajal. Adakah ana tergolong dengan mereka ini atau tidak !!! ana berfikir, sangat lama dan sangat dalam. Nauzibillahiminzalik. Ana minta jauh kepada Allah. Minta sangat jauh daripada ana. kerana bukan itu yang hati dan iman ana kehendaki.

     'Berani kerana benar, takut kerana salah', ana berfikir sejenak relevankah lagi pepatah melayu ini atau sudah lama berkubur bersama pengasasnya. Subhanallah. ana dapati umat islam pada masa kini sudah tidak lagi berani. jika adapun hanya sedikit keberanian maka hal ini pun membenarkan hadis rasulullah S.A.W ribuan tahun yang lalu. tentang akan berlakunya zaman fitnah. Sekaranglah zamannya.

    Ana melihat ramai yang bertopengkan perjuangan padahal mereka hanya menyembunyikan agenda mereka memang tersembunyi. Ada yang menganggap bahawa meyertai perjuangan adalah untuk hanya menjalin ukhuwwah bersama sahabat, sehidup, semati, sebantal dan yang ana rasa paling hebat adalah "semesej". Sedih ana melihat fitnah yang tersembunyi ini berlaku. berlaku dalam kalangan orang yang mengaku seorang pejuang. Tidak malukah dia ???

   Mereka ini menganggap yang lembut dan sopan itulah yang baik, yang keras dan tegas itulah salah dan patut disalahkan. Ana pelik kenapa perlu berfikiran jumud sebegitu ??? masing-masing mengaku pejuang tetapi tidak faham apa definisi seorang pejuang. Pada ana hanya retorik semata-mata perkataan pejuang yang mereka laungkan. yang kasarnya adalah menyamai sifat Munafiq.

   Lupakah kita, tentang peristiwa jatuhnya khilfah uthmaniyyah, berpunca daripada kelembutan dan kebaikan yang disogokkan kepada umat Islam oleh Yahudi laknatullah. lupakah kita ??? Masihkah kita ingat tentang peristiwa penaklukan Constantinople, berapa banyak yang Sultan Muhammad Al-Fatih pecat pegawai tertingginya dalam usaha meneyebarkan Islam dan merealisasikan hadis Rasulullah S.A.W. dakah itu dfikira tindakan yang tidak betul dan salah???

   Memang sekarang ini kita berada di zaman fitnah. yang paling teruk lagi orang yang membuat fitnah itu tidak sedar akan perbuatannya. Masing-masing mersakan dirinya betul kerana telah berada dalam perjuangan, dah merasakan diri itu islam dan beriman. Fikirlah sahabat sekelian dimanakah tempat sahabat? Adakah kita jenis yang suka berhubung tanpa ada urusan penting dengan bukan mahram dengan menggunakan nama perjuangan sebagai hujah. layakkah kita sebagai pejuang. pejuangkah kita ???.

   Fikir, fikir, fikir, renunglah apa sebenarnya yang kita cari, matlamat kita, matlamat akhir kita. Nak mencari sahabat yang ramai ke, nak mencari pasangan ke, mencari pengaruh ke, mencari pangkat ke, atau nak mencari keredhaan Allah. Sahabat jawablah sendiri. Ana minta maaf jika sepanjang penulisan ana ini mengandungi perkara yang mengguris hati kerana ana cuba merungkai sesuatu itu dengan sebaiknya tetapi ana insan yang serba lemah. Harap dimaafkan. Lahaulawala quwwata illa billah.

Selasa, 17 Ogos 2010

Ya Allah..

Ya Allah....dalam hati ini Engkau saja yang tau
Ya Allah.. rasa diri ini seperti dimainkan
Ya Allah.. rasa ini perlukah aku rasa ?
Dalam memperjuangkan hukum agama Mu
Ya...Allah

Ya Allah.. terkadang-kadang terasa seperti tidak dihormati
Terkadang-kadang terasa seperti tidak dihargai
Perlukah aku berasa begini Ya...Allah
Dalam menegakkan kalimah Mu 
Ya.. Allah

Ya Allah..seketika masa terasa hampir putus asa
Seketika masa terasa mahu melepaskan semua
Patutkah aku bersikap begitu 

Sabtu, 7 Ogos 2010

As-Syahid Syed Qutb...Tokoh Islam

Mengenang Kesyahidan As-Syahid Syed Qutb
www.murabbi.net
Dihantar Oleh : syednazri
Editor: MiftahuL_Raudhah


tokoh-tokoh Pictures, Images and Photos


Tanggal 29 Ogos 2010 genaplah 44 tahun kesyahidan Asy-Syahid Syed Qutb di tali gantung Regim Jamal Abdul Nasir. Syed Qutb digantung bersama 2 orang lagi rakan seperjuangannya dalam Ikhwan Muslimun pada pagi Isnin 29 Ogos 1966. Kebimbangan dan ketakutan yang melanda bukan sahaja buat Regim Jamal Abdul Nasir tetapi juga buat Imperialis Barat ketika itu.

Imperialis Barat amat takut dan bimbang terhadap pemikiran- pemikiran tajam Syed Qutb yang menghancur-leburkan Ideologi Sesat Barat dan Komunisme Timur, serta kemampuan beliau mengemukakan 'gagasan Islam' dengan jelas dan mantap ke dalam ummah. Kemampuan beliau telah menyeret Regim Mesir dengan desakan Imperialis mengambil tindakan 'kejam' menggantung Mujahid Agung Islam abad ini.

Sejarah Hidup Syed Qutb:- 

(1)Tahun 1906:- Syed Qutb dilahirkan di Daerah Assyut, Mesir. Berkat didikan ibubapa, beliau telah menghafaz seluruh AlQuran sejak kecil lagi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum (sekarang Universiti Qaherah) sehingga berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang sastera (Pendidikan). Selepas tamat pengajian, beliau ditawarkan mengajar di Darul Ulum. Selepas beberapa tahun di situ, beliau dilantik menjadi 'Nazir' sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Mesir.

Kementerian Pelajaran Mesir telah menghantar beliau ke Amerika Syarikat selama 2 tahun untuk mengkaji sistem pendidikan dan latihan moden yang ada di sana. Pengalaman singkat (ringkas) beliau berhubung dengan budaya Barat membolehkan beliau mendalami pemikiran-pemikiran dan sosio budaya orang-orang Amerika dan Barat sendiri. Syed Qutb berpeluang melihat sendiri betapa runtuhnya pemikiran dan budaya Barat. Kembalinya dari Amerika, beliau mula berjinak-jinak dengan Ikhwan Muslimun dan akhirnya menyertai gerakan Islam itu pada tahun 1945.

(2)Tahun 1945:- Syed Qutb menyertai gerakan Islam Ikhwan Muslimun.

(3)Tahun 1954:- Ikhwan Muslimun melantik Syed Qutb sebagi Ketua Pengarang Majalah Al-Ikhwan Muslimun. Tetapi majalah ini hanya dapat dikendalikan oleh beliau selama 2 bulan sahaja kerana pada bulan September 1954, majalah itu diharamkan penerbitannya oleh Regim Jamal Nasir. Regim Mesir ketika itu mengambil langkah kekerasan terhadap gerakan Ikhwan dan menangkap ribuan pendukungnya termasuk Syed Qutb. Penyiksaan yang 'teruk' terhadapnya menyebabkan Syed Qutb menderita penyakit yang 'teruk' di dalam penjara.

(4)Tahun 1955:- Pada Julai 1955, Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan 'kerja berat' oleh Mahkamah Rakyat Mesir. Semasa di dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nasir telah menawarkan pembebasan terhadap beliau dengan syarat Syed Qutb menulis 'pernyataan' memohon maaf kepada Regim Jamal Abdul Nasir. Tetapi tawaran tersebut ditolak oleh Syed Qutb dengan kata-kata yang amat bermakna dan berharga buat setiap pendukung Islam di sepanjang zaman.

Kata Syed Qutb: "Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Ia meredhai aku dan aku meredhaiNya" 

(5)Tahun 1964:- Syed Qutb dibebaskan apabila Jamal Abdul Nasir memenuhi permintaan Presiden Iraq yang meminta supaya Syed Qutb dibebaskan. Pembebasan itu dilakukan oleh Jamal Abdul Nasir kerana beliau ingin menjalin hubungan baik dengan Iraq. Tetapi tidak sampai 1 tahun dari pembebasan itu, Syed Qutb ditahan kembali dengan tuduhan ingin merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dengan mengggunakan kekerasan. Turut ditangkap bersama beliau ialah adik-adiknya Muhammad Qutb, Hamidah Qutb, Aminah Qutb dan puluhan ribu anggota Ikhwan Muslimun yang lain.

(6)Tahun 1966:- Syed Qutb bersama rakan-rakan seperjuangannya iaitu Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fatah Ismail telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tentera Mesir. Pagi Isnin 29 Ogos 1966, Asy-Syahid Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati!!! 

Selasa, 3 Ogos 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Bersediakah kita untuk menempuh Ramadhan al-mubarak...jom muhasabah ...

Hablumminallah :
                                                          
                                                       ( Selesai)  (Tidak selesai)

  1. Solat fardhu 5 waktu        
  2. Solat jemaah                                                 
  3. Solat ba'diah dan qabliah
  4. Baca Al-Quran
  5. Dhuha
  6. Tahajjud
Hablumminannas :
  1. Minta maaf 
  2. Memaafkan orang
  3. Senyum
  4. Sedekah
  5. Zakat
  6. Menggembirakan / menyenangkan orang
  7. Mendamaikan orang
Di mana kita...

'hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan' Saidina umar

Jumaat, 2 April 2010

Redha Allah melebihi redha manusia....Allahuakhbar!!!


Daripada Abi Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain, dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah SWT.

Maka apabila itu telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik-beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya.

Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah saw, apakah maksudnya perkataan engkau itu?

Nabi menjawab: Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya di jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya.
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Keterangan
Benar sekali sabdaan Rasulullah saw ini. Ramai orang yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam lumpur kemaksiatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tua, keluarga ataupun jiran mereka.

Kalau nak bersukan...cam ne pulak ???


Mari kita lihat di dalam  surah An Nur , Ayat 31. Allah brfirman:

"....janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ”

So aurat hanya dapat diperlihatkan kepada:

1. Suami
2. Ayah
3. Ayah suami-mertua
4. Anak kandung
5. Anak suami- anak tiri
6. Saudara kandung – adik,abang dan kakak
7. Anak saudara perempuan
8. Wanita-wanita Islam
9. Hamba-hamba yang dimiliki
10. Anak-anak saudara kandung
11. Pelayan yang sudah tua dan tidak memiliki lagi nafsu syahwat terhadap wanita
12. Anak lelaki yang belum mengerti tentang aurat wanita.

Jadi, untuk pertanyaan anti apakah boleh memakai seluar ketika bersukan? Jawapannya tentu saja boleh jika disekeliling kita terdiri daripada 12 golongan yang disebutkan di atas  (ditempat khusus). Jika masih ada selain dari 12 golongan di atas  di tempat kita bersukan maka kita telah melanggar hukum syarak. berhati-hatilah sahabat semua, kerana tanggungjawab kita menjaga aurat amatlah berat.
Dengan kata lain ,jika nak bersukan juga haruslah diasingkan antara muslimin dan muslimat untuk menjaga syariat dan dakwak bil hal kita..insyaallah

Wallahua'lam
(^_^)

Pakai seluar...bolehkah ???

Assalamualaikum.

Mengenai persoalan apakah hukum perempuan memakai seluar.


Seperti hujah dari saudara di atas saya tidak mengatakannya ia salah. Memakai seluar dibolehkan tetapi haram memakainya di luar rumah atau di tempat umum. Disini saya juga akan mendetailkan posting-posting saya sebelum ini sekaligus menjawab persoalan di atas dengan telus. InsyaAllah.

Ada 3 (tiga) masalah yang sering dicampuradukkan yang sebenarnya merupakan masalah-masalah yang berbeza.

Pertama, masalah batasan aurat bagi wanita.
Keduapakaian muslimah dalam kehidupan khusus (al hayah al khashshash), iaitu tempat-tempat di mana wanita hidup bersama mahram atau sesama wanita, seperti di rumah . 
Ketigapakaian muslimah dalam kehidupan umum (al hayah 'ammah), iaitu tempat-tempat di mana wanita berinteraksi dengan masyarakat secara umum, seperti di jalan-jalan, sekolah, pasar, kampus, dan sebagainya. Busana wanita muslimah dalam kehidupan umum ini terdiri dari jilbab dan tudung(khimar). 

Masalah batasan aurat wanita tidak akan saya bahaskan di sini, posting sebelum ini sudah pun saya jelaskan. Apa yang ingin dijelaskan adalah apakah pakaian yang boleh dipakai oleh wanita semasa dalam kehidupan khusus (Hayaatul ‘Khassah/private life) dan semasa berada dalam kehidupan umum (Hayatul ‘am/Public Life).

Pakaian Wanita Dalam Kehidupan Khusus (Hayaatul ‘Khassah/private life)

Cara seorang Muslimah menutupi auratnya dihadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firmanNya : “Wa la yubdina” (Dan janganlah mereka menampakkan) [Surah An-Nur:31] atau sabda nabi “Lam yahluh an yura minha” (tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya) [HR Abu Dawud] . Jadi pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan tapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Memakai kain panjang, seluar, gaun dsb juga dapat menutupinya sebab bentuk dan jenis pakaian tidak ditentukan oleh syara. Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar’i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis atau fesyennya. Namun demikian syarak telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka dianggap tidak menutupi aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui samada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat.

Pakaian Wanita Dalam Kehidupan Umum (Hayatul ‘am/Public Life)

Jika seorang wanita telah memakai pakaian yang menutupi aurat, tidak bermakna dia boleh mengenakan pakaian itu dalam kehidupan umum, seperti di Kampus, pasaraya, jalanan umum, pejabat atau di pasar-pasar dan sebagainya.  Mengapa ? Sebab dalam kehidupan umum terdapat pakaian khas yang telah ditetapkan oleh syara'.  Jadi dalam kehidupan umum tidak cukup hanya dengan menutup aurat, seperti memakai seluar panjang, atau baju potongan(e.g baju kurung) walaupun ia sudah dapat menutupi aurat. 
Seorang wanita yang memakai seluar panjang atau baju potongan(e.g baju kurung) memang dapat menutupi aurat. Namun  tidak bermakna dia boleh memakainya di hadapan lelaki yang bukan mahram, kerana dengan pakaian itu  dia telah menampakkan keindahan tubuhnya (tabarruj).  Tabarruj adalah, menampakkan perhiasan dan keindahan tubuh kepada lelaki asing/non-mahram (izh-haruz ziinah wal mahasin lil ajaanib) (An-Nabhani, 1990 : 104). Oleh karena itu walaupun ia telah menutupi auratnya, akan tetapi ia telah bertabarruj, sedangkan tabarruj dilarang oleh syara'.  Pakaian yang dibenarkan pada kehidupan umum ialah jilbab dan tudung(khimar)

Kewajipan Jilbab [ TMQ Al Ahzab : 59]


“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Tafsir Ayat

Allah Swt. berfirman: Yâ ayyuhâ an-Nabiyy qul li azwâjika wa banâtika wa nisâ' al-Mu'mînîn (Hai Nabi, katakanah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang Mukmin). Khithâb (seruan) ayat ini ditujukan kepada Rasulullah saw.
Allah Swt. memerintahkan Nabi saw. untuk menyampaikan suatu ketentuan kepada para Muslimah. Ketentuan yang ditetapkan kepada para wanita Mukmin itu adalah: yudnîna 'alayhinna min jalâbîbihinna (hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka).

Kata jalâbîb merupakan bentuk jamak dari kata jilbâb. Apakah pengertian jilbab?

Dalam kitab Al Mu'jam Al Wasith karya Dr. Ibrahim Anis (Kairo : Darul Maarif) halaman 128,
-Jilbab bermaksud sebagai "Ats tsaubul musytamil 'alal jasadi kullihi" (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau "Ma yulbasu fauqa ats tsiyab kal milhafah" (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (baju terusan), atau  "Al Mula`ah tasytamilu biha al mar`ah" (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Kamus Bahasa Arab : Al-Muhith, Muhammad bin Ya'qub al-Fairuz Abadi, Muassasatu ar-Risalah, Beirut Lebanon-Pakaian yang lebar seperti terowong (tidak terpotong); gamis/jubah dan pakaian longgar untuk wanita serta dapat menutup pakaian wanita sehari-hari (ats-tsiyab, pakaian yang biasa dipakai di rumah bersama mahram atau wanita lain).


Kamus Mukhtaru ash-Shihhah 

- Al-Jauhari menyatakan bahwa jilbab adalah pakaian yang disebut milhafah atau dikatakan mula-ah (mantel, kain penutup dari atas hingga bawah atau sekali masuk)

Jadi jelaslah bahawa yang diwajibkan atas wanita adalah mengenakan pakaian yang sekeping lurus ke bawah hingga mata kaki( Arab:milhafah/mula’ah) yang dikenakan sebagai pakaian luar (di dalamnya masih ada pakaian rumah atau pakaian sehari-hari(ats-tsiyab)  tetapi bukan coli dan seluar dalam) lalu dihulurkan ke bawah hingga menutupi kedua kakinya.

Kewajipan jilbab dalam kehidupan umum

Untuk seruan pemakaian jilbab pada TMQ Al-Ahzab: 59, terdapat qarinah berupa hadits dari Ummu 'Athiyah yang menunjukkan bahwa Rasulullah SAW tidak bertolak ansur seorang wanita yang berada pada kehidupan umum (di luar rumah) dalam keadaan tidak mengenakan jilbab, dengan alasan tidak ada (sekalipun!). Hal ini menunjukkan bahwa pemakaian jilbab dalam kehidupan umum adalah WAJIB, sebab Rasulullah SAW sama sekali tidak bertolak ansur terhadap pelalaian suatu kewajiban.

Rasulullah saw. memerintahkan kami untuk keluar pada Hari Fitri dan Adha, baik gadis yang menginjak akil baligh, wanita-wanita yang sedang haid, maupun wanita-wanita pingitan. Wanita yang sedang haid tetap meninggalkan solat, namun mereka dapat menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum Muslim. Maka Aku(Ummu 'Athiyah)  bertanya, "Wahai Rasulullah, salah seorang di antara kami tidak memiliki jilbab?" Rasulullah saw. menjawab, "Hendaklah saudarinya meminjamkan jilbabnya kepadanya." (HR Muslim).

Berkaitan dengan hadits Ummu 'Athiyah ini, Syaikh Anwar Al-Kasymiri, dalam kitabnya Faidhul Bari, Juz I hal. 388, mengatakan : "Dapatlah difahami dari hadits ini, bahawa jilbab itu dituntut apabila seorang wanita keluar rumah, dan dia tidak boleh keluar [rumah] jika tidak mengenakan jilbab."


Kewajipan Khimar (tudung) dalam kehidupan umum


“Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak darinya.” [TMQ An Nur :31]

Kata khumur merupakan bentuk jamak dari kata khimar. Khimar atau tudung wajib dipakai jika hendak keluar rumah menuju ke tempat umum (public life).

Rumusan 

-Dalam kaedah usul, al-‘am yabqa fi ‘ummumihi ma lam yarid dalil at-takhsis’ (suatu dalil yang bersifat umum tetap pada keumumannya, selama tidak ada dalil yang mengkhususkannya). [Dr.Muhammad Husain Abdullah, Al Wadhih fi Ushul Al Fiqh, hal.318]

- Surah Ahzab: 59  dan hadis dari ummu Athiyah merupakan nas khusus menjelaskan tentang jilbab merupakan pakaian yang wajib dipakai apabila keluar rumah dan menuju tempat-tempat umum bertemu masyarakat.
- Pakaian muslimah (ketika keluar rumah) terdiri dari dua lapis, iaitu pakaian rumah (ats-tsiyab) dan baju luar yang berupa jilbab. Inilah pakaian wanita yang telah ditetapkan syarak.

- Seluar dan pakaian potongan hanya boleh dipakai di kehidupan khusus bersama mahram dan wanita lain.

Wallahu’alam

Khamis, 1 April 2010

Muzik pada Syarak

MUZIK: HUKUM DAN KEDUDUKANNYA PADA PANDANGAN SYARAK

Oleh: Ustaz Ridhwan Hj Hashim
BA (Univeristi Al-Azhar), MA (UKM)
Bekas Imam Masjid Subang Jaya, Selangor.

MUQADDIMAH

Muzik pada umumnya merupakan alat-alat tertentu yang timbul daripadanya alunan bunyi dan irama sama ada ia berbentuk yang dipukul atau dipalu seperti gendang, rebana dan lain-lain atau yang ditiup seperti seruling, serunai, trompet dan lain-lain atau yang dipetik seperti gambus, gitar, biola dan seumpamanya. Kedudukan hukum muzik ini bergantung kepada apa jenis alat dan penggunaannya kerana ada diantaranya yang diharamkan oleh syarak dan ada pula diharuskan. Oleh itu kedudukan hukum muzik itu sendiri akan tertakluk kepada perkara-perkara berikut:

a) Menggunakan alat-alat muzik yang dilarang oleh syarak, maka kedudukan muzik itu adalah haram.

b) Menggunakan alat-alat muzik yang diharuskan oleh syarak, maka kedudukannya adalah harus seperti memukul ghirbal (sejenis rebana) sewaktu perkahwinan.

c) Bermain alat muzik yang harus, namun telah dicampur dengan perkara-perkara yang haram seperti nyanyian-nyanyian oleh golongan wanita dalam keadaan mendedahkan aurat di hadapan golongan lelaki ajnabi atau bukan mahram dengan suara yang merdu, lirik lagu yang mengandungi unsur-unsur cinta asmara, percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, disertai dengan arak, judi dan sebagainya. Para ulamak telah sepakat menghukumkan bermain alat muzik dalam keadaan seperti ini adalah haram.

Persoalan yang timbul sekarang ialah yang mana satukah alat muzik yang diharamkan oleh syarak dan mana satu yang diharuskan. Adakah semua alat muzik itu diharamkan atau semuanya diharuskan atau sebahagiannya diharamkan dan sebahagiannya pula diharuskan. Adakah pengharaman itu ke atas alat-alat muzik itu sendiri atau kerana faktor-faktor luar yang beserta dengan alat-alat muzik tersebut. Inilah yang akan kita bahaskan di dalam risalah yang kecil dan ringkas ini.

PANDANGAN ULAMAK MENGENAI ALAT MUZIK

Terdapat pelbagai pandangan di kalangan ulamak mengenai perkara di atas. Mereka tidak sepakat mengenainya disebabkan perbezaan pandangan dalam memahami hadis-hadis yang menyebut mengenai alat-alat muzik dan juga dari segi penentuan kedudukan martabat hadis-hadis yang diriwayatkan mengenainya.







Golongan Ulamak Yang Pertama


Sebahagian ulamak mengharamkan hampir semua bentuk alat-alat hiburan atau muzik. Mereka berdalilkan kepada beberapa hadis yang menyebut tentang alat-alat muzik yang ditegah oleh syarak sepertimana berikut:

a) Diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:

Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan Aku supaya menghapuskan alat ma’azif (alat bunyi-bunyian), alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (alat-alat muzik bertali), salib dan perkara-perkara jahiliah ………..( hingga ke akhir hadis ).
( Riwayat Abu Daud al Thoyalisi )

Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud al Thoyalisi dan lafaz hadis ini dari riwayatnya dan juga diriwayatkan oleh al Imam Ahmad bin Hanbal. Ahmad bin Mani’Al Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz yang bermaksud:

Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekelian alam dan Allah memerintahkan Aku supaya menghapuskan mazamir, ma’azif, arak dan berhala-berhala yang disembah pada zaman jahiliah ……..( hingga ke akhir hadis ).

Hadis Abu Umamah ini terdapat pada rawinya Ali bin Yazid al Ilhani dan dia adalah lemah keadaannya, tetapi oleh kerana ia disokong oleh sumber yang lain seperti hadis Ibnu Mas’ud dan lain-lain sahabat maka hadis ini menjadi kuat. Antara hadis yang menyokong hadis itu juga ialah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas r.a. yang telah berkata:
الكوبة حرام والدن حرام والمعازف حرام والمزامير حرام
Maksudnya: Kubah itu haram, dannu itu haram, ma’azif itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram. (lihat bentuk gambar yang dilampirkan)

Hadis ini diriwayat oleh al Imam Musaddad dan al Imam al Baihaqi dalam al Sunan al Kubra secara mauquf dan diriwayatkan oleh al Bazzar secara marfu’.

b) Dari Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: Aku diperintahkan untuk merobohkan alat gendang dan alat hiburan yang ditiup.
Dikeluarkan oleh al Dailami

c) Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud: Apabila tiba hari kiamat, Allah Azza wa Jalla berfirman: Mana mereka yang menjauhkan pendengaran dan pemandangan mereka daripada alat-alat permainan syaitan? Asingkan mereka…..(hingga ke akhir hadis)
Dikeluarkan oleh al Dailami

Berkata al Imam Ibnu Hajar, hadis ini jelas menunjukkan pengharaman alat-alat hiburan yang mendatangkan sukaria dan gembira yang membawa kepada kelalaian.


d) Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang berkmasud: Satu kumpulan daripada umatKu pada akhir zaman, ditukarkan mereka menjadi monyet-monyet dan babi-babi. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, adakah mereka orang-orang Islam ? Sabda Baginda: Ya, mereka mengucap dua kalimah syahadah iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Aku adalah pesuruh Allah dan mereka mengerjakan puasa. Para sahabat bertanya: Mengapa mereka menjadi begitu, ya Rasulullah? Sabda Baginda: Mereka bermain dan berhibur dengan alat-alat bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita dan dengan rebana serta mereka minum berbagai jenis arak dan mereka bermalam dengan minuman mereka dan hiburan riuh rendah mereka, maka pada pagi hari mereka telah ditukarkan rupa menjadi monyet dan babi.

Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam al Musaddad dan Ibnu Hibban dengan lafaznya yang bermaksud: Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam: Tidak berlaku hari kiamat sehingga ada satu kumpulan……..(hingga ke akhir hadis sebagaimana riwayat di atas ).

e) Sabda Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Akan berlaku pada umatKu oleh beberapa kumpulan atau kaum menghalalkan zina, sutera (dipakai oleh kaum lelaki), arak dan ma’azif (alat-alat bunyi-bunyian).
(Hadis Riwayat al Bukhari dan Abu Daud)

Demikianlah beberapa hadis yang menjadi dalil kepada sebahagian ulamak yang mengaharamkan alat-alat hiburan (muzik).

Dalam kitab al Muhazzab oleh al Imam Abu Ishak al Syirazi ada menjelaskan bahawa bermain alat-alat muzik itu haram sekalipun tidak diiringi dengan lagu. Kata al Syirazi:

ويحرم إستعمال الألات التى تطرب من غير غناء كالعود والطنبور والمعزفة والطبل والمزمار
Ertinya: Dan diharamkan menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan tanpa ada lagu seperti gitar, thunbur, ma’zifah, thabl (gendang) dan mizmar.

Adapun dalilnya ialah firman Allah yang bermaksud: Dan ada di antara manusia yang membeli “ Lahwa al Hadis ” bagi tujuan menyesatkan manusia daripada jalan Allah..
( Surah Luqman: 6 )

Berkata Ibnu Abbas: “ Lahwa al Hadis ” sesungguhnya itulah alat-alat hiburan.

Al Imam al Nawawi mengatakan dalam kitabnya al Minhaj dalam Kitab al Syahadat:

ويكره الغناء بلا آلة وسماعه ويحرم استعمال آلة من شعار الشربة كطنبور وعود وصنج
ومزمار عراقي واستماعها.
Ertinya: Makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya. Dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti thunbur, gitar, shanj dan mizmar ‘iraqi dan haram mendengarnya.


Demikianlah pandangan beberapa orang ulamak besar dalam mazhab syafi’e mengenai hukum menggunakan muzik dan mendengarnya. Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh beberapa ulamak besar yang lain seperti al Syeikh Ibnu Hajar dalam kitabnya al Zawajir dan juga al Imam al Ramli al Syafi’e sebagaimana tercatat dalam kitab Nihayah al Muhtaj ila Syarh al Minhaj (8/296), yang menggambarkan inilah pandangan umum dan masyhur dalam mazhab syafi’e.

Ulama-ulama dalam mazhab syafi’e bukanlah satu-satunya mazhab yang mengharamkan hampir kesemua alat-alat muzik, bahkan didapati mazhab-mazhab yang lain seperti Hanafi dan Hanbali juga berpandangan sedemikian.

Berkata Ibnu al Qayyim dalam kitabnya Ighathah al Luhfan min Masyahid al Syaithan (1/255-256): Ertinya: Mazhab Abu Hanifah dalam perkara ini adalah mazhab yang paling keras dan kata-katanya mengenai perkara ini adalah kata-kata yang paling tegas. Para sahabat Abu Hanifah dengan tegas mengatakan haram mendengar semua jenis alat hiburan seperti seruling, kompang bahkan termasuk memukul-mukulkan tongkat kecil (cota) sekalipun. Mereka dengan tegas menyatakan bahawa ianya adalah maksiat, boleh membawa kepada fasiq dan kesaksian ditolak.

Dalam Mazhab Hanbali, berkata Imam Ibnu Qudamah al Hambali dalam al Mughni yang boleh disimpulkan sebagaimana berikut:

Hiburan itu tiga keadaan:

a) Haram- iaitu memetik tali-tali alat permainan dan alat-alat yang ditiup, memalu gambus,thunbur dan lain-lain alat hiburan. Sesiapa yang sengaja mendengarnya maka ditolak kesaksiannya kerana diriwayatkan daripada Saiyyidina Ali r.a. bahawa Nabi Sollallahu ‘alaihiwasallam bersabda yang maksudnya: Apabila telah nyata pada umatKu lima belas perkara nescaya bala akan menimpa mereka. Maka Baginda menyebutkan di antaranya: Muncul alat-alat nyanyian dan alat-alat hiburan.

b) Harus- iaitu duff (kompang), kerana Nabi Sollallahu ‘alahi Wasallam telah bersabda yang maksudnya: Zahirkanlah kerja perkahwinan itu kepada orang ramai dan kamu palulah kompang padanya.

c) Makruh- iaitu memalu kayu pada kayu apabila tidak dicampur dengan perkara haram atau makruh.

Berkata al Imam al Sayyid ‘Alwi al Maliki al Husni: Ketahuilah bahawa alat-alat hiburan yang mempunyai tali seperti rabab, gitar dan qanun haram mendengarnya dan haram memainkannya mengikut pendapat yang masyhur dari mazhab yang empat dan wajib mengingkarinya (mendengar alat-alat tersebut) dan memberikan nasihat mengenainya. Adapun memukul rebana tidaklah mengapa dalam majlis pernikahan berdasarkan hadis Nabi Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Iklankanlah pernikahan dan kamu pukullah rebana (al Duff) di atas pernikahan itu. Namun tidak harus memukulnya selain daripada majlis pernikahan menurut pendapat yang masyhur tetapi lawan pendapat yang masyhur, harus memukul (alat rebana) dalam semua upacara majlis kegembiraan orang-orang Islam.


Golongan Ulamak Yang Kedua

Di sana terdapat sebahagian ulamak yang mengharuskan alat-alat nyanyian atau muzik. Antara ulamak-ulamak tersebut ialah Al Syeikh Mahmud Syaltut. Beliau telah menjelaskan dalam fatwanya Al Fatawa Dirasah li Musykilat al Muslim al Mu’asir fi Hayatihi al Yaumiyyah wa al ‘Ammah di mana katanya:

“ Mendengar alat-alat bunyian yang ada irama dan suara yang merdu tiada boleh dihukumkan haram sebagai ia suara alat atau suara manusia atau suara binatang. Hanya haram itu apabila digunakan pada perkara haram atau digunakan untuk tujuan haram atau ia melalaikan daripada perkara yang wajib pada syara’ ”.

Selain itu, Dr. Ahmad al Syarbashi juga menghimpunkan segala fatwa ulamak dalam kitabnya Yas’alunaka ‘an al Din wa al Hayah dalam perkara mendengar muzik dan nyanyian. Daripada perbincangannya itu dapat disimpulkan bahawa beliau berpendapat, fatwa al ‘Allamah al Syeikh Mahmud Syaltut itu adalah pendapat pertengahan yang adil di antara ulamak yang mengharamkan dan ulamak yang mengharuskan dalam perkara muzik dan nyanyian itu.

Al ‘Allamah al Syeikh Abdul Ghani al Nabulsi menegaskan dalam kitabnya Idhoh al Dilalat fi Sama’i al Alat -(Menjelaskan dalil-dalil dalam masalah yang berkait dengan hukum mendengar alat-alat muzik) - bahawa hukum haram segala bentuk alat muzik yang disebutkan di dalam hadis bukanlah disebabkan alat-alat muzik itu sendiri atau suara dan bunyian yang terhasil daripadanya. Kalaulah dihukumkan dengan sebab yang demikian, maka sudah tentulah bunyi-bunyian yang merdu seperti suara burung akan termasuk dalam hukum haram. Sedangkan ulamak telah bersepakat bahawa suara kicauan burung dan seumpamanya itu tidaklah dihukum haram. Bahkan menggunakan dan mendengar alat-alat muzik dihukum haram adalah disebabkan faktor-faktor luar yang haram yang beserta dengannya dan juga yang membawa kepada “ al Lahwu ”. Menurut beliau “ al Lahwu ” ialah perkara-perkara yang dengannya menyebabkan manusia lalai daripada melakukan ketaatan dan menunaikan kewajipan kepada Allah serta membawanya kepada melakukan perkara-perkara yang haram dan dilarang oleh syariat.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa sesiapa yang memerhatikan semua hadis yang datang daripada Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam mengenai alat-alat muzik ini, dia akan mendapati larangan-larangan tersebut dikaitkan dengan menyebut ‘ al Malahi ’ – iaitu perkara-perkara yang melalaikan- dan juga menyebut tentang arak, penyanyi-penyanyi perempuan yang mendedahkan aurat, perkara-perkara keji dan kefasikan bersamanya. Ini bermakna ia dihukum haram dengan sebab perkara-perkara haram tersebut bukannya alat muzik itu sendiri. Hadis-hadis yang tidak menyebutkan perkara-perkara tersebut adalah hadis-hadis Ahad yang tidak boleh dithabitkan hukum dengannya secara qot’ie (putus dan muktamad). Bahkan hadis-hadis yang bersifat mutlak (umum) ini, dikhususkan oleh hadis-hadis yang menyebut tentang perkara-perkara haram yang mengiringi permainan muzik. Dengan itu, maka hadis-hadis yang menyebut tentang pengharaman alat-alat muzik hendaklah dilihat dalam konteks bahawa ianya disertai dengan perkara-perkara haram dan boleh menyebabkan kelalaian kerana di sana terdapat hadis yang melarang bermain muzik dikaitkan dengan perkara tersebut.


Beliau juga mensyaratkan tujuan dan niat yang baik walaupun tidak disertai dengan perkara-perkara haram dan melalaikan ketika bermain muzik dan mendengar nyanyian yang diharuskan. Niat memainkan peranan. Sekiranya dia mempunyai niat atau cita-cita yang tidak baik melalui alat muzik yang dimainkan serta nyanyian harus yang didengarinya seperti bercita-cita atau berkhayal meminum arak, berfoya-berfoya dan berseronok dengan perempuan ketika bermain muzik dan mendengar lagu itu atau dia mahu kalau boleh perkara tersebut ada dalam majlis tersebut, maka hukumnya adalah haram juga. Peranan niat yang membawa kesan kepada hukum harus dan haram ini samalah seperti peranan niat ketika membaca al Quran bagi mereka yang berada dalam keadaan berhadas besar. Jika dia berniat membaca al Quran maka hukumnya adalah haram dan jika berniat zikir maka hukumnya adalah harus. Begitu juga seseorang yang minum air teh dengan niat minum arak dan juga seorang suami yang bersetubuh dengan isteri dalam keadaan dia niat menggauli atau menggambarkan isterinya itu adalah perempuan tertentu yang bukan isterinya maka kedua keadaan tersebut, hukumnya adalah haram.

Pendapat Al ‘Allamah al Syeikh Abdul Ghani al Nabulsi ini turut dipersetujui oleh al Ustaz Mustofa Ahmad al Zarqa sebagaimana tersebut di dalam kitabnya Fatawa Mustofa al Zarqa. Bahkan beliau turut memperakui bahawa kitab karangan Al ‘Allamah al Syeikh Abdul Ghani al Nabulsi tersebut adalah sebagai rujukan terbaik dalam mengetahui hukum yang berkait dengan masalah alat-alat muzik. Dalam kitab Fatawanya juga, al Ustaz Mustofa Ahmad al Zarqa telah menukilkan pandangan al ‘Allamah Ibnu ‘Abidin r.a. di dalam Hasyiahnya, syarah kepada kitab Raddu al Mukhtar di mana nas kata-katanya ialah:

“Aku berpendapat (setelah dikemukakan hujjah dan dalil berkenaan dengan alat-alat muzik): ini semua memberi maksud bahawa alat-alat muzik itu bukanlah haram kerana alat muzik itu sendiri, tetapi ia di sebabkan al lahwu ( iaitu disertai dengan perkara-perkara haram dan melalaikan daripada menunaikan tanggunggjawab dan kewajipan kepada Allah). Hukum ini sama sahaja sama ada orang yang mendengarnya atau bermain menggunakannya ”. Beliau seterusnya menegaskan “ Apakah kamu tidak lihat bahawa hukum bermain alat muzik itu, kadang-kadang harus dan kadang-kadang dihukum haram. Ini semua adalah disebabkan perbezaan niat dan tujuan mendengarnya. Dan sesungguhnya setiap perkara itu adalah berdasarkan kepada tujuan dan niatnya ”.

Di antara ulamak mutakhir di zaman kita ini yang sependapat dengan golongan ulamak yang kedua ini ialah al Syeikh Dr. Yusuf al Qardhowi sebagaimana dijelaskan dan dihuraikan dengan panjang lebar dalam kitabnya Malamih al Mujtama’ al Muslim Allazi Nansyuduhu - ( Ciri-ciri unggul masyarakat Islam yang kita idamkan) - dan juga al Halal wa al Haram fi al Islam - ( Halal dan haram dalam Islam ). Dalam huraian tersebut beliau telah menolak hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh golongan yang mengharamkan alat-alat muzik dengan menyatakan bahawa hadis-hadis yang diriwayatkan mengenai alat-alat muzik adalah dipertikaikan akan kesahihannya.


Sekalipun hadis ke v (lihat hadis-hadis yang menjadi hujjah kepada golongan yang mengharamkan alat-alat muzik di atas) di sebutkan di dalam kitab Sahih al Bukhari tetapi ia termasuk dalam kategori “ al Mu’allaqat” bukan termasuk di dalam kategori hadis yang sanadnya bersambung. Pada sanadnya terdapat seorang perawi Hisyam bin Ibn ‘Ammar yang dipersoalkan oleh sebahagian ahli hadis. Abu Daud berkata tentangnya: Beliau meriwayatkan empat ratus hadis yang tidak mempunyai sebarang sandaran. Imam Ahmad berkata: Dia tidak teliti dan lemah akal. Al Hafiz al Zahabi pernah berkata mengenainya: Beliau jujur dan banyak riwayat, namun ada perkara yang tidak disenangi tentangnya. Selain daripada dipertikaikan kesahihannya, pendalilannya juga dipertikaikan. Ini kerana perkataan al ma’azif sebagaimana dalam hadis tersebut belum ada persepakatan tentang maknanya secara tepat. Menurut sebahagian orang ia bermaksud “ permainan-permainan ”. Ini sangat umum. Ada juga yang mengatakan ia bermakna “ alat-alat muzik ”.

Selain itu, hadis itu juga tidak mempunyai makna yang jelas tentang pengharamannya kerana ungkapan ( يستحلون –yang diterjemahkan dengan makna mereka menghalalkan ) dalam hadis itu mempunyai dua makna sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn al ‘Arabi. Makna pertama ialah dengan makna hakiki bukan majaz iaitu mereka beriktikad bahawa perkara tersebut adalah halal. Makna kedua: ia adalah kiasan (majaz) yang bermaksud bermudah-mudah menggunakan perkara tersebut. Beliau juga telah menegaskan bahawa hadis ini adalah menjelaskan tentang perilaku sekelompok manusia yang tenggelam dalam kemewahan, kefoyaan dan arak. Mereka dikelilingi oleh arak dan wanita, permainan dan nyanyian serta zina dan sutera. Oleh itu kita dapati Ibn Majah meriwayatkan Hadis ini dari Abu Malik al Asy’ari dengan lafaz yang bermaksud:

“ Akan ada di kalangan umatKu yang akan meminum arak yang dinamakan dengan nama lain. Kepala-kepala mereka dipenuhi dengan alat-alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita. Allah akan memasukkan mereka ke dalam tanah dan akan menggantikan rupa mereka dengan rupa kera dan babi ”.

Perkara yang sama juga telah diriwayatkan oleh Ibn Hibban di dalam kitab Sahihnya dan al Bukhari di dalam kitab Tarikhnya. Setiap mereka yang meriwayatkan hadis ini bukan melalui Hisyam Ibn ‘Ammar meletakkan ancaman itu ke atas orang yang meminum arak dan bukannya pada alat-alat muzik tersebut.Alat-alat muzik tersebut hanya dijadikan sebagai penyempurna dan yang mengikuti mereka.

Di samping itu beliau juga telah menukilkan beberapa riwayat sebagimana yang disebutkan oleh al Syaukani dalam kitabnya Nailu al Awthor bagi menyokong dan menguatkan pandangan ulamak yang mengharuskan alat-alat muzik. Antaranya ialah:

a) Imam Haramain di dalam kitab al Nihayah dan Ibnu Abu al Dunya telah menyatakan: Para sejarawan telah menukilkan bahawa Abdullah Ibn al Zubair memiliki beberapa hamba wanita yang pandai bermain gitar, dan Ibnu Umar pernah ke rumah beliau serta mendapati al ‘ud (sejenis alat bertali seperti gitar dan seumpamanya) terdapat di sisinya. Ibnu Umar berkata: Apakah ini wahai sahabat Rasulullah?. Abdullah Ibn al Zubair pun memberikannya kepada Ibnu Umar untuk dilihatnya. Ibnu Umar menelitinya dan berkata: Adakah ini mizan syami ( sejenis alat muzik dari Syam)?. Abdullah Ibn al Zubair berkata: Ya, dengannya diukur akal manusia.

b) Pengarang kitab al ‘Aqd, al ‘Allamah al Adib Abu Umar al Andalusi menceritakan: Pada suatu hari Abdullah Ibnu Umar mengunjungi Abdullah Ibnu Ja’far. Beliau mendapati Abdullah Ibnu Ja’far memiliki seorang hamba perempuan yang di dalam biliknya terdapat al ‘ud. Kemudian Abdullah Ibnu Ja’far berkata kepada Ibnu Umar: Adakah kamu rasa ia tidak mengapa?. Katanya: Ia tidak menjadi sebarang kesalahan.

c) Imam al Mawardi telah meriwayatkan daripada Mu’awiyyah dan ‘Amru Ibn al ‘As bahawa mereka berdua pernah mendengar bunyi al ‘ud yang dimainkan di hadapan Abdullah Ibnu Ja’far. Bahkan Abu Fadhl Ibnu Tahir di dalam kitabnya al Sima’ menyatakan: Tiada khilaf di kalangan Ahli Madinah tentang keharusan al ‘ud.

d) Abu al Faraj al Asbahani pernah menyatakan bahawa Hassan bin Thabit pernah mendengar dari ‘Izzah al Mila nyanyian syairnya yang diiringi dengan bunyian alat muzik.

e) Al Rawyani pernah menceritakan dari al Qaffal bahawa Mazhab Malik bin Anas mengharuskan nyanyian yang disertakan alat muzik. Al Ustaz Abu Mansur al Fawrani menukilkan dari Imam Malik bahawa beliau mengharuskan al ‘ud. Manakala Abi Talib al Makkiy telah menyebutkan dalam kitabnya Qutu al Qulub yang dinukilkan dari Syu’bah bahawa beliau pernah mendengar bunyi gendang besar (thonbur) di rumah al Minhal Ibnu ‘Amru iaitu seorang ahli hadis yang masyhur.

f) Imam al Mawardi menceritakan tentang keharusan al ‘ud di kalangan sebahagian ulama mazhab syafi’e. Ia juga diceritakan oleh Abu al Fadhl Ibnu Tahir dari Abu Ishak al Syirazi. Al Asnawi menyebutkannya dalam kitab al Muhimmat dari al Rawyani dan al Mawardi. Ibnu al Nahwi meriwayatkan perkara tersebut dari al Ustaz Abu Mansur. Ibnu al Mulaqqin menceritakannya di dalam kitab al Umdah dari Ibnu Tahir. Al Adfuwi menceritakannya dari al Syeikh ‘Izzuddin Ibnu Abdul Salam. Pengarang kitab al Imta’ menceritakannya daripada Abu Bakar bin al ‘Arabiy. Imam al Adfuwi juga telah menegaskan keharusannya.

Semua mereka itu menyatakan keharusan mendengar nyanyian (yang diharuskan syarak) bersama dengan alat-alat muzik yang dimaklumi.

Selain daripada Dr. Yusuf al Qardhowi, bekas Syeikh al Azhar Fadhilah al Imam al Akbar al Syeikh Ja-du al Haq Ali Ja-du al Haq (telah meninggal dunia pada pertengahan 90 an) juga bersependapat dengan pendapat yang mengharuskan alat-alat muzik sebagaimana yang dapat dilihat dalam kitab himpunan fatwa-fatwanya mengenai persoalan-persoalan semasa yang bernama Buhuth wa Fatawa Islamiyyah fi Qodhoya Mu’asirah, juzuk ke v. Dalam jawapan atau fatwanya yang panjang lebar mengenai hukum mendengar alat muzik itu, beliau akhirnya membuat kesimpulan dengan berkata: “ sebagai mengambil sikap jalan tengah antara pendapat-pendapat ulamak tersebut, maka kami lebih cenderung untuk berkata bahawa mendengar alat-alat muzik walau apa pun jenis dan bentuknya, menghadiri majlis-majlisnya dan mempelajarinya adalah termasuk dalam perkara-perkara yang diharuskan. Dengan syarat ia tidak mendorong kepada membangkitkan nafsu syahwat, perlakuan-perlakuan tidak senonoh dan tidak disertai dengan arak, tarian-tarian, perkara-perkara yang buruk dan fasik atau digunakan untuk perkara-perkara haram atau ia digunakan sebagai wasilah atau alat yang membawa kepada berlakunya perkara haram dan mungkar atau ianya boleh melalaikan daripada menunaikan tanggungjawab dan kewajipan.



Golongan Ulamak Yang Ketiga

Golongan ini ialah golongan yang mengharamkan beberapa jenis alat muzik dan mengharuskan selain daripadanya. Alat-alat muzik yang diharamkan itu ialah (al mizmar- المزمار ) seruling atau semua alat yang ditiup seperti serunai dan seumpamanya, (al awtar – الأوتار ) alat muzik bertali dan (Thoblu al Kubah – طبل الكوبة) gendang kecil yang ramping di tengah (lihat gambar-gambar alat tersebut sebagaimana dilampirkan). Inilah pendapat di sisi Imam al Ghazali r.a. dan mereka yang sependapat dengannya. Ini kerana ia menjadi lambang kepada peminum arak dan khunsa. Selain daripada alat-alat muzik tersebut hukumnya masih kekal dengan seperti asalnya iaitu harus. Umpamanya rebana sekalipun terdapat loceng kecil padanya, begitu juga dengan tabuh, syahin dan gendang yang dipukul dengan kayu serta alat-alat lain.

Al Imam al Ghazali berhujjah dengan berkata bahawa syarak tidak mengharamkan alat-alat tersebut kerana kelazatannya. Jikalau ia hanya kerana kelazatannya maka perkara-perkara lazat yang lain turut dilarang. Ia dilarang atas dasar turutan (ittiba’). Apabila arak diharamkan, maka semua amalan peminum arak turut diharamkan bersama iaitu alat muzik bertali dan seruling. Keadaan ini samalah seperti pengharaman berkhalwat dengan wanita ajnabiyyah kerana ia boleh membawa kepada persetubuhan. Begitu juga dengan pengharaman memandang ke arah peha kerana ia bersambung dengan dua kemaluan. Diharamkan juga arak yang sedikit sekalipun tidak memabukkan kerana ia membawa kepada mabuk. Setiap perkara yang mendorong kepada yang haram mesti diharamkan juga sebagai satu jalan menghalang daripada terjatuh terus ke dalam jurang yang pasti haram. Muzik bertali dan seruling (atau seumpamanya) menjadi haram kerana mengikuti pengharaman arak lantaran tiga alasan:

a) Ia boleh mengakibatkan seseorang itu meminum arak, kerana kelazatan yang ada padanya hanya akan sempurna dengan arak.

b) Alat ini menyebabkan orang-orang yang baru meninggalkan arak mengingati kembali majlis-majlis hiburan yang dihidangkan dengan arak. Ini kerana majlis hiburan tersebut kebiasaannya diserikan dengan alat-alat muzik tersebut. Dengan itu apabila dia bermain dengan muzik tersebut, maka ia akan membawa kepada ingatan terhadap majlis itu. Ingatan akan mendorong kepada kerinduan. Dengan itu alat muzik tersebut menjadi penyebab seseorang yang telah meninggalkan amalan meminum arak kembali melakukannya.
c) Terdapat ijma’ ulamak mengenainya, kerana ia telah menjadi amalan orang-orang fasik. Oleh itu ia dilarang kerana menyerupai mereka. Ini kerana sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk di kalangan kaum tersebut.

KESIMPULAN

Daripada perbincangan di atas kita dapat membuat beberapa kesimpulan sepertimana berikut:-

a) Pada umumnya terdapat tiga pendapat ulamak mengenai kedudukan hukum alat-alat muzik. Mereka itu ialah:

One) Yang mengharamkan semua jenis dan bentuk alat muzik kecuali al dufuf iaitu kompang atau rebana yang dipukul ketika majlis pernikahan kerana terdapat hadis yang sahih mengenai keharusannya. Namun ia tidak harus memukulnya selain daripada majlis pernikahan menurut pendapat yang masyhur. Tetapi lawan pendapat yang masyhur adalah harus memukul alat rebana atau kompang dalam semua upacara majlis kegembiraan umat Islam.

Two) Yang mengharuskan semua jenis dan bentuk alat-alat muzik. Mereka berpendapat bahawa yang haram itu bukalah zat atau ain alat muzik itu sendiri tetapi faktor-faktor luar yang mengiringinya itu yang menentukan sama ada ia menjadi haram atau sebaliknya.

Three) Yang mengaharamkan beberapa jenis alat muzik - iaitu al Mizmar, al Awtar dan Thoblu al Kubah – dan mengharuskan selain daripadanya.

b) Ketiga-tiga golongan ulamak tersebut di atas mempunyai hujjah dan dalil-dalil yang masing-masing mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Dalam perbincangan ini, penulis tidak berhajat untuk mentarjihkan (menentukan manakah pendapat yang paling kuat dan sahih). Apa yang penting di sini ialah kita dapati bahawa persoalan berkenaan dengan hukum alat muzik ini merupakan satu perkara yang menjadi khilaf (perselisihan pendapat) di kalangan ulamak. Mereka tidak sepakat mengenainya. Ini bermakna ia tidak termasuk dalam perkara ijmak para ulamak. Inilah yang ditegaskan oleh al Syeikh Ja-du al Haq dalam kitab Fatawa beliau. Dalam fatwanya itu beliau telah menolak dakwaan sesetengah golongan yang mendakwa bahawa persoalan muzik dan mendengarnya adalah termasuk dalam perkara ijmak para ulamak. Penolakan beliau itu berdasarkan kepada apa yang dihuraikan oleh al Imam al Syaukani di dalam risalahnya yang bertajuk Ibtol Da’wa al Ijma’ ‘ala Tahrim Mutlak al Sima’ – iaitu Membatalkan Dakwaan Ijma’ Para Ulamak Ke Atas Hukum Haram Mendengar Muzik Secara Mutlak. Dengan ini, maka sewajarnyalah kita saling meraikan dan menghormati pendapat atau pendirian golongan yang mungkin berbeza dengan pendapat atau pendirian kita. Kita tidak boleh menghukum secara muktamad umpamanya mengatakan bahawa dia adalah haram sama sekali dan sesiapa yang menggunakannya maka berdosa, menjadi fasik dan ditolak kesaksiannya. Kita seharusnya berhati-hati apabila mengeluarkan hukum khususnya yang melibatkan halal dan haram. Imam Malik pernah berkata: Tidak pernah menjadi sikap golongan yang telah mendahului kita yang telah menjadi ikutan mengatakan: “ Ini halal, itu haram. Sebaliknya mereka berkata: Saya tidak suka ini, saya berpendapat begini ”. Dalam menentukan hukum, kita seharusnya juga mengambil kira dari sudut kepentingan dan kemaslahatan dakwah. Lebih-lebih lagi dalam keadaan masyarakat kita pada hari ini yang kelihatan hampir sudah sebati dengan bentuk hiburan yang menyimpang daripada ajaran Islam. Janganlah kerana sesuatu keputusan hukum yang diambil itu boleh menyempitkan ruang dan peluang menyelamatkan masyarakat daripada keadaan tersebut. Di samping itu kita tidak lupa bahawa apa yang dikatakan keseronokan, hiburan dan seumpamanya merupakan satu sifat kehendak naluri manusia semulajadi yang tidak boleh kita hapuskan. Persoalannya bagaimana kita hendak ketengahkan bentuk hiburan yang diizinkan syarak atau alternatif kepada hiburan yang ada pada hari ini tanpa kita menafikan kehendak naluri manusia itu.

c) Melihat kepada senario industri muzik pada hari ini, khususnya yang melibatkan artis-artis wanita tanah air atau yang diimport dari negara-negara luar, maka penulis tidak-tidak teragak-agak untuk menghukum haram ke atasnya. Ini kerana jelas kepada kita keadaan mereka yang mendedahkan aurat secara terbuka, mengenakan solekan yang agak keterlaluan, menari berlenggang lenggok di atas pentas dengan pakaian menjolok mata, pergaulan bebas tanpa batasan antara lelaki dan perempuan, lirik lagu yang memuja cinta dan manusia dengan suara yang lunak dan memukau para penonton, melalai dan mengkhayalkan anak-anak muda sehingga kadang-kadang sampai kelarut malam sepertimana persembahan yang pernah berlaku di Dataran Merdeka atau Bukit Jalil yang kelihatan penuh dengan sampah-sampah terdiri daripada kondom, botol-botol arak dan seumpamanya, dan…..dan…begitulah seterusnya. Inilah perancangan musuh khususnya Yahudi Laknatullahi ‘Alaihim dan sekutunya-sekutunya termasuk golongan yang bertopengkan Islam bagi tujuan menjauhkan anak-anak muda daripada Islam. Pendek kata, keadaan dan bentuk hiburan di tanah air kita pada hari ini telah jauh menyimpang daripada batas-batas syariat. Bukan kerana alat-alat muzik yang dimainkan kerana ia masih terdapat kekhilafan di kalangan ulamak tetapi bentuk perlaksanaan dan persembahan itu yang sememangnya disepakati atau ijmak para ulamak akan pengharamannya apabila berlaku keadaan yang disebutkan di atas. Bagi golongan ulamak yang mengharuskan alat-alat muzik, bermain dan menggunakan alat muzik dalam majlis yang haram atau untuk perkara-perkara yang haram atau yang boleh membawa kepada kemungkaran maka hukum bermain dan menggunakannya juga adalah haram. Jika tidak, maka hukumnya adalah harus.

iv) Perselisihan pendapat di kalangan ulamak mengenai hukum mendengar atau menggunakan alat-alat muzik ini khususnya apabila terdapat pendapat yang mengharuskannya dengan syarat-syarat tertentu, tidak seharusnya diambil kesempatan untuk mengambil sikap bermudah-mudah dengannya atau memandang ringan terhadap penggunaan alat-alat muzik tersebut. Pandangan atau kenyataan yang sering mengaitkan alat-alat muzik dengan kelalaian, kefoya-foyaan, budaya lepak dan membuang masa, kekhayalan yang ke semua itu akhirnya mungkin menjebakkan seseorang ke lembah maksiat tidak boleh dipandang ringan atau dinafikan begitu sahaja. Barangkali pandangan atau kenyataan tersebut ada kebenarannya, terutamanya apabila melihatkan keadaan masyarakat yang terlalu lemah iman khususnya generasi muda yang mudah terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat dan hanyut dengan keseronokan dunia pada hari ini. Oleh itu penulis berpendapat bahawa walaupun mungkin kita bersetuju dengan pendapat golongan ulamak yang kedua ini, ia tidaklah bermakna kita boleh mendengar atau menggunakannya semahu-mahunya. Kalau boleh dielakkan daripadanya maka itulah sebaik-baiknya, kerana mengambil jalan ihtiyathi – إحتياطي- iaitu mengambil sikap berwaspada dan berhati-hati agar lebih selamat – itu adalah sangat digalakkan dalam Islam. Sekiranya hendak menggunakannya juga maka biarlah dengan sebab yang kukuh dan munasabah serta wujud keperluannya. Sekali sekala mendengar atau menggunakannya untuk mengetuk pintu kesunyian maka itu barangkali tidaklah menjadi halangan. Asalkan ia tidak menjadi kelaziman dan kebiasaan kerana kita bimbang ia mungkin boleh melalaikan hati yang menyebabkan lemahnya iman kita yang sememangnya sudah sedia lemah ini. Pendek kata, walaupun ia harus pada setengah pandangan ulamak tetapi kita juga di waktu yang sama hendaklah berhati-hati dengannya.

والله أعلم بالصواب وهو حسبنا ونعم الوكيل وإليه المآب

RUJUKAN

1- Al Syeikh Abdul Ghani al Nabulsi; Idhohu al Dilalat fi Sama’i al Alat. Cetakan I, 1401H / 1981M. Dar al Fikr al Mu’asir, Beirut.

2- Al Imam al Syaukani; Nailu al Awtor. Juzuk 8. Dar al Jail, Beirut.

3- Al Ustaz Mustofa Ahmad al Zarqa; Fatawa Mustofa al Zarqa. Cetakan I, 1420H / 1999M. Dar al Basyir, Jeddah.

4- Al Syeikh Ja-du al Haq Ali Ja-du al Haq. Buhuth wa Fatawa Islamiyyah fi Qodhoya Mua’sirah. Juzuk 5. Al Azhar al Syarif. Mesir.

5- Dr.Yusuf al Qardhowi; Malamih al Mujtama’ al Muslim Allazi Nansyiduhu. Cetakan I, 1414H / 1993M. Maktabah Wahbah, Kaherah.

6- Dr.Yusuf al Qardhowi; al Halal Wa al Haram Fi al Islam.Terjemahan Muammal Hamidy. Cetakan ke IV, 1987. Pustaka Nasional, Singapura.

7- Dr. Ahmad al Syarbasi; Yas’alunaka fi al Din wa al Hayat. t.th. Dar al Jail, Beirut.

8- Dr. Abdul Fattah Mahmud Idris; Hukmu al Ghina’ wa al Ma’azif fi al Fiqh al Islami. Cetakan II, 1415H / 1994M. Universiti al Azhar al Syarif, Mesir.

9- Pehin Datu Seri Maharaja Ust. Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Islam Dan Muzik: Fatwa Mufti Kerajaan Brunei. Cetakan II, 2001.MR Prind Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.