Rabu, 30 Disember 2009

Siapa salah dan siapa tersalah ?

Hari ini ana ada membaca beberapa surat khabar. Rata-rata masih membincangkan tragedi kemalangan ngeri yang mencabut 10 jiwa. Dalam akhbar pertama yang ana baca pada muka hadapan tertera tajuk besar dan juga ditebalkan 'Pandu bas melulu' dan tajuk kecil di bawahnya 'Pemandu nahas 10 maut ikat jamin RM20 000, lesen dirampas'. Nampaknya masyarakat kita masih lagi berada pada takuk pemikiran yang sama dan  tidak berubah. Masakan tidak, mereka melihat rekod pemandu tersebut yang selama ini ternyata bersih dan cemerlang samada dalam rekod polis ataupun JPJ.

     Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita hanya menuduh individu tertentu dan tidak pada perkara yang bersangkutan dengannya. Sepatutnya mereka dahulu memikirkan adakah mereka juga bersalah dan terlibat dalam hal ini?Sudahkah kita memikirkannya sebelum mengeluarkan kata-kata atau hanya mengikut emosi semata-mata?

Pembaca yang budiman,

    Selepas ana membaca surat khabar utama tersebut ana pula beralih membaca surah khabar kedua sementara menunggu adik ana habis gunting rambut. Sayu sekali melihat dua orang tua, ibu dan ayah merayu meminta anak mereka jangan diperlakukan seperti penjenayah. Mereka juga berkata bukan salah anak mereka sepenuhnya. Kerana sebelum ini anak mereka sudah berpengalaman bertahun-tahun dan juga pernah bekerja di syarikat yang berlainanan sebelum bekerja di syarikat sekarang. Ternyata anak mereka merupakan seorang yang berdisiplin dan mengikut peraturan.

     Mereka juga menyatakan bahawa anak mereka juga mempunyai tanggungan isteri dan anak yang perlu dibela. Mereka juga sanggup meminta maaf kepada mangsa yang berkaitan dengan anak mereka. Ironinya akhabar kedua yang ana baca itu juga membincang tentang tragedi nahas kemalangan di Kilometer 280.3 Lebuh Raya Utara-Selatan pada hari Sabtu 26 Disember 2009. Pada tarikh berlakunya TSUNAMI lima tahun yang lalu. Orang tua yang ana maksudkan tadi ialah orang tua kepada pemandu bas tersebut.

         Jadi!!!

    Diharapkan agar saudara pembaca dapat menggunakan akal fikiran yang sejahtera untuk menilai siapa yang bersalah dan siapa yang tersalah.

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk datangnya daripada kelemahan ana sendiri namaun pada hakikatnya kedua-duanya berada dalam kekuasaan Rabbul Jalil

Wallahua'lam ..(^_^)..

Kambing atau singa?

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani


Pernahkah kita mendengar cerita ini? ana yakin saudara semua tidak pernah mendengar cerita ini MELAINKAN saudara yang rajin membaca buku-buku Ilmiah yang datangnya dari pelbagai jenis dan sumber. Baiklah ana pn malas nak bermuqaddimah panjang-panjang sebabnye takut tak sempat siap cerita ini walaupun cerita ini dah diringkaskan daripada sumbernya yang asal. 


     Alkisah,terjadilah suatu kisah di mana seekor singa betina melahirkan anaknya. Singa betina itu kemudiannya mati akibat daripada kejadian itu. Lalu tinggallah anak singa ini seeekor yang masih lemah. Kemudian lalu beberapa gerombolan kambing di tempat singa tersebut. Maka anak singa tersebut cuba menggerakkan badannya yang masih lembut itu .Dengan tak semena-mena seekor kambing ternampak anak singa itu yang terkapar tanpa ibunya. Maka timbullah rasa kesian dan kasihnya kepada anak singa tersebut. Sang kambing pun pergilah mendekati anak singa tersebut dan membelainya dengan penuh kasih sayang. Si anak singa ini pun menjadi rapat kepada kambing tersebut dek kerana menganggap kambing itu ibunya.


     Jadilah anak singa itu sebahagian daripada keluarga kambing tersebut. Hari demi hari , tahun demi tahun, anak singa itu membesar menjadi agak dewasa. Selama itulah juga anak singa tersebut meminum susu dan memakan makanan yang dimakan oleh kambing hinggakan anak singa tersebut tidak tahu mengaum dan hanya tahu mengembik. Pelik bukan.


     Namun pada suatu hari,seekor serigala daripada dalam hutan keluar ingin mencari mangsanya. Lalu serigala tersebut terserempak dengan dengan kawanan kambing yang di dalamnya ada anak singa tersebut. Lantas induk kambing tersebut menyuruh anak singa tersebut berada dihadapan kerana badannya yang besar. Induknya juga mengarahkannya mengeluarkan ngauman singa untuk menakutkan serigala yang hendak menyerang mereka. Namun singa tersebut takut untuk bebuat demikian.


     Maka semua kambing pun berlari untuk mencari perlindungan. Dalam keadaan kelam kabut itu serigala mengambil kesempatan untuk menerkam induk kambing tadi, lalu anak singa ini pun memberanikan diri untuk melawan dengan serigala tersebut. Anaka singa itu terus menanduk dan merodok serigala tersebut. Pada fikiran serigala tersebut dia akan mati dibunuh anak singa tersebut. Namun tiba-tiba anak singa tersebut beundur ke belakang dan mengembik yang menunjukkan dia juga takut kepada serigala tersebut.


    Serigala ini pun lantas berfikir bahawa yang menyerangnya bukanlah anak singa yang sebenar tetapi anak singa yang berfikiran seperti kambing. Lalu anak singa pun hendak meyerang serigala itu sekali lagi dan pada waktu ini serigala sudah bersiap sedia untuk menghadapinya. Apabila anak singa itu hendak menyerang serigala menngunakan helahnya dengan menendang anak singa terbabit. Maka rebahlah anak singa tersebut lalu serigala itu mencakar muka anak singa tersebut sehingga luka.


     Tiba-tiba terdengar ngauman singa daripada dalam hutan, maka kambing-kambing lain pun berlari termasuk jugalah serigala tersebut. Melihat kejadian itu anak singa pun turut serta berlari mengikut kambing-kambing itu. Singa yang keluar daripada hutan itu pun kehairanan kerana sikap anak singa tersebut yang takutkan dirinya. Padahal mereka adalah spesis yang sama.


     Singa itu pun memanggil anak singa tersebut namun anak singa yang takut terus melarikan diri dengan kawanan kambing. Singa tersebut mengejar anak singa itu dan akhirnya anak singa itu tertangkap. Lalu berkatalah anak singa tersebut "janganlah kau membunuh aku" sang singa pun hairan. Dia menjawab "aku tidak akan membunuh bangsa aku sendiri, kitakan serupa". Anak singa pun berkata "aku tidak mengerti, tolonglah aku". Sang Singa itu pun berkata"baiklah, aku akan terangkan, mari ikut aku". anak singa itu pun mengikut singa tersebut tanpa membuang masa dan tanpa banyak bicara. 


     Kemudian mereka tiba di sebuah tasik di dalam hutan .Di situ singa tersebut menunjukkan mukanya ke muka air dan juga menyuruh anak singa berbuat begitu. Anak singa ini terkejit apabila didapati rupanya sama dengan muka singa tersebut. Dia pun bertanya "siapakah aku sebenarnya?". Lalu jawab singa itu"kau adalah seekor singa sama macam aku juga". Kemudiannya anak singa baru tersedar bahawa dia adalah singa. Lalu singa tersebut mengaum diikuti dengan anak singa itu juga mengaum. Tidak jauh dari tempat itu serigala yang tadinya mahu membunuh anak singa tersebut terdiam ketakutan mendengar ngauman anak singa tersebut.


      Anak singa tersebut dengan bangga berkata "aku adalah singa, raja di rimba". Begitulah cerita antara sang singa dengan sang kambing. yang dapat disimpulkan di sini adalah watak anak singa tersebut adalah kita. Kita sebenarnya masih tidak tahu kemampuan kita untuk mencapai kecemerlangan sama di dunia dan juga di akhirat. Kita juga tidak mampu melawan musuh walaupun kita sebenarnya lebih kuat daripada mereka oleh kerana kejahilan kita sendiri. Manakala watak serigala pula malambangkan musuh kita yakni orang kufar. Mereka ini walaupun sedikit tetapi mereka pandai menggunakan kesempatan ke atas kita dengan sedikit kibijaksaan yang dikurniakan kepada mereka berbanding kita. Singa yang besar pula boleh dikatakan Ilmu samada ilmu fardhu ain atau farhu kifayah. Dengan mempelajari ilmu kita akan mengetahui potensi kita yang sebenar dan tugas kita di muka bumi Allah ini.


     Segala yang buruk datang daripada diri ana sendiri dan segala yang abaik itu datangnya daripada Allah namun pada hakikatnya semuanya atas kekuasaan-Nya.  


Wallahualam (^_^)

Selasa, 29 Disember 2009

Jom Muhasabah Diri Jap



Sesungguhnya baginda Rasulullah saw banyak memberi motivasi kepada umatnya dengan kata-kata hikmat (hadith) yang mampu mengalirkan air mata bagi golongan yang memiliki hati yang sejahtera daripada amalan syirik,nifaq dan menyanggah hukum Allah Taala,tetapi bagi mereka yang keras hatinya daripada amalan terpuji,atau kosong daripada penghayatan agama,walaupun dibacakan ayat el Quran kepada mereka,tetap tidak akan berganjak dan terus berada dalam kesesatan.
Mengenal pasti pesakit yang akan diubati (history of the patient) ,panas atau sejuk?lemah atau kuat? tua atau muda?orang awam atau golongan berpendidikan?Jika dalam hal penyakit badan kita begitu khuwatir dan terus berjumpa doktor,begitulah juga halnya dengan ‘el Qalb’ atau hati kita.Sesungguhnya penyakit hati dan perilaku lebih penting untuk kita beri perhatian.Kerana jika kita gagal dalam usaha mengubati penyakit badan,akibat yang paling berat dan besar hanyalah mati dan seterusnya selesai urusan.Sedangkan penyakit batiniah (hati) jika kita tidak berjaya mengubatinya,ia akan merosakkan kita secara terus menerus,dan ia akan menular pula kepada orang lain dan akan membawa kepada kesengsaraan yang tiada belah kasihan di akhirat