Selasa, 27 September 2011

Restu Agama dan Ibu Bapa yang mana perlu didahulukan..

Bismilah
walhamdulillah
Dengan nama Allah
kalam ini ditulis

Segala puji bagiNya
Tuhan Sekalian Alam

Ana baru saja lepas menyertai pertandingan Nazam Kebangsaan
Di Pustaka Negara, Kuala Lumpur
Alhmadulillah, banyak pengalaman yang ana dapat
Nazam ini merupakan kejayaan Islam

Hal ini kerana dalam dakwah kepada masyarakat Melayu pada zaman dahulu
perlu menggunakan medium hiburan
Betapa Bijaksananya Ulama' kita pada masa itu yang mencipta Nazam ini
Alhamdulillah, ana dapat merasai bahawa islam itu indah jika kita amalkan sunguh- sungguh

Dalam nazam, terdapat Marhaban, Berzanji, Selawat dan juga Munajat
Semua ini mampu mengingatkan kita kepada Allah
Dan Rasulullah 
jika dihayati sebetulnya.

Namun, hari ini bukan itu yang ana ingin ceritakan
Ana sebenarnya lebih suka untuk menceritakan perkara ini
Ana ada membaca daripada sumber bacaan lain
Ana sangat tertarik dengan isu ini

Apa kata kita sama- sama membacanya
untuk tambahan ilmu dan mungkin koreksi kepada diri kita



~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~

Restu ibu bapa dalam memilih calon

“Kita sangat perlu kepada redha atau restu ibu bapa dalam semua perkara termasuk dalam membina rumah tangga,” kata Ustaz Hj. Ahmad Shukri Yusoff, yang merupakan Ketua Unit Syariah dan Penerangan Khas, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.
Menurutnya, redha ibu bapa amat penting kerana ia membekalkan kita keyakinan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Dan untuk mendapat redha ibu bapa, kita perlu menjaga hati mereka.
“Bayangkan kalau kita melangkah ke alam perkahwinan tanpa doa, restu atau redha ibu bapa, maka di hati kecil kita tidak akan ada keyakinan untuk menempuh alam yang baru itu,” ujar beliau.
Beliau berkata, perkahwinan merupakan satu proses untuk menyempurnakan agama. Tetapi, soal beliau, “Adakah sempurna agama jika sesuatu perkahwinan itu tidak mendapat restu ibu bapa?”
Katanya, perkahwinan yang dibina atas dasar cinta semata-mata umumnya tidak akan kekal lama. “Kalau berkahwin semata-mata kerana cinta, cinta boleh luntur. Kalau disebabkan dorongan seksual, ia juga boleh berkurang. Kalau berkahwin kerana duit, ini juga mungkin satu hari tidak stabil. Begitu juga kalau sebab kecantikan, kecantikan akan pudar akhirnya. Sebab itu Nabi s.a.w. menekankan bahawa perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama. Tanda kita betul-betul beragama, kita berkahwin mengikut sunnah Nabi,” jelasnya dalam temubual di kediamannya di Bandar Baru Bangi.
Dalam soal ini, katanya, ibu bapa umumnya lebih tahu menilai kesesuaian calon menantu kerana mereka melihat dari banyak aspek.



Jika Tak Direstui
Kesan yang jelas bagi perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa adalah gagal mendapat keberkatan. Ustaz Ahmad Shukri Yusoff berkata, hilangnya keberkatan menyebabkan timbul masalah silih berganti dan timbul rasa tidak yakin dalam menghadapi masalah akibat tidak mendapat doa dan redha ibu bapa tadi.
“Kalau ada restu ibu bapa, apabila menghadapi sesuatu masalah, kita rasa yakin boleh menyelesaikannya walaupun masalah itu nampak berat,” ujarnya.  Katanya, perkahwinan itu sesuatu yang membahagiakan tetapi tanpa redha ibu bapa maka lebih mudah berlaku huru-hara. Sebaliknya dengan keredhaan ibu bapa, perkahwinan terasa lebih menyeronokkan.
“Kita sering membaca kisah rumah tangga yang porak-peranda dan berlaku cerai-berai. Kalau dikaji, di hujungnya kita akan dapati perkahwinan itu dulunya tidak mendapat keredhaan ibu bapa. Ada yang disebabkan telah berlaku perkara tidak elok sebelum kahwin maka ibu bapa terpaksa setuju mereka berkahwin walaupun hati kecil mereka tidak meredhainya,” jelasnya.
Ustaz Ahmad Shukri mengajak kita merenung perkahwinan orang-orang dulu yang jodoh mereka betul-betul atas pilihan ibu bapa.  “Kita tengok jangka hayat rumah tangga mereka lebih lama. Sekarang kahwin bermula dari cinta tapi peratus cerai tinggi. Hendak kata tak kenal, sudah kenal. Hendak kata tak cinta sudah cinta. Di situ sebenarnya peranan keredhaan ibu bapa. Keredhaan ibu bapa lebih kuat daripada cinta. Lafaz cinta tidak sekuat keredhaan ibu bapa,” ungkap Ustaz Ahmad Shukri.

Apabila Ibu Bapa Diam 
Diam ibu bapa dengan pilihan jodoh anaknya mungkin menandakan mereka tidak bersetuju, cuma mereka tidak menyuarakannya secara terus-terang. Menjelaskan perkara ini, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff berkata, “Diamnya itu mungkin tanda tidak setuju dengan pilihan anak tetapi dia tidak kata tidak setuju sebab tidak mahu melukakan hati anak.”
Dalam hal ini, katanya, si anak hendaklah cuba memahami isi hati ibu bapa dan menjaga hati mereka.Walaupun diam ibu bapa mungkin juga menandakan mereka berfikir dan bersetuju tetapi si anak perlu bertanya secara berhemah untuk memastikan ibu bapa betul-betul merestui pilihannya.  Katanya, lazimnya jika ibu bapa redha dengan pilihan anaknya, mereka akan iringi dengan nasihatdan kata-kata semangat.
“Tapi jika tiada respons atau hambar saja, anak kena pastikan betul-betul untuk menjaga hati mereka,” ujarnya. Beliau berkata, ada ibu bapa yang menuruti pilihan calon pasangan anaknya setelah didesak atau dipujuk walaupun hati kecil mereka tidak benar-benar meredhainya.
Bawa Berbincang
Hati sudah suka, pasangan ‘ideal’ sudah ditemui tapi ibu bapa pula tidak bersetuju. Bagaimana? Jalan terbaik ialah bawa berbincang, kata Ustaz Ahmad Shukri Yusoff.
“Itu perlunya syura atau perbincangan. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah pertengkaran, bukan perbincangan. Pertengkaran tidak mendatangkan natijah yang baik.” Katanya, banyak masalah yang nampaknya berat dan tidak boleh diselesaikan tetapi apabila dibawa berbincang, ia selesai akhirnya. Begitu juga dengan masalah pilihan calon pasangan.
“Syura yang diadakan dalam keadaan hati bersih dan baik, insya-Allah natijahnya baik,” katanya sambil menambah, bukan ibu bapa saja perlu mendengar pandangan anak tapi anak juga perlu bersikap terbuka dalam mendengar pandangan ibu bapa.  Ustaz Ahmad Shukri berkata, sikap berterus-terang perlu ada dalam berbincang dan kalau perlu, si anak boleh meluahkan perasaannya.
“Ada kes ibu bapa sayang pada anaknya tapi kadang-kadang hendak kawal anaknya dalam semua perkara… Bagi anak, dia rasa dikongkong. Dalam soal ini, ayah atau ibu jangan terlalu ketat sebab Sayidina Ali k.w. menyarankan agar kita mendidik anak mengikut zamannya. Minat dan citarasa tak sama. Bagi si anak, dia juga perlu cuba memahami ibu bapa, kerana niat ibu bapa adalah untuk menjaga demi kebaikan anaknya.”
Menurutnya, jika si anak merasakan ada kongkongan dalam memilih calon pasangan, dia perlu meluahkan isi hatinya tetapi dengan cara yang tertib dan tenang. “Kalau anak diam dan simpan, tidak selesai masalah juga. Memendam perasaan tidak boleh selesaikan masalah. Kena ada proses berterus-terang. Kalau dipendam hingga rasa tertekan, nanti kita akan sakiti hati ibu bapa pula apabila merasakan ibu bapa tidak memahami,” tambahnya.  Katanya, setiap masalah ada penyelesaiannya tapi cara menyelesaikannya perlu betul.
Jaga Hati Mereka Sampai Bila-bila
Hati ibu bapa tetap perlu dijaga sampai bila-bila walaupun seseorang itu sudah ada tanggungjawab lain dalam rumah tangga yang dibina, kata Ustaz Ahmad Shukri Yusoff.
Katanya, bagi seorang wanita yang sudah berkahwin misalnya, tanggungjawab untuk mentaati suami tidak mengurangkan hak ibu bapanya untuk ditaati dan dijaga hati mereka.  “Ada kes anakperempuan yang bila sudah berkahwin, tidak balik jenguk ibu bapa dan tidak hubungi mereka dengan alasan mentaati suami. Tidak dinafikan perlunya taat pada suami tapi dalam masa yang sama dia ada tanggungjawab pada ibu bapa yang hatinya perlu dijaga,” terang beliau.
Beliau menambah, tanggungjawab yang dipikul sebagai isteri atau suami tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabai dan melukakan hati ibu bapa dengan tidak membantu, menghubungi dan mengambil tahu kehidupan mereka. Pendek kata, menurutnya, si anak tidak boleh mengambil sikap, “Saya dah jadi isteri orang atau suami orang, tanggungjawab pada ibu bapa dah kurang.”
“Dalam hidup ini, setiap sesuatu akan dibalas. Jika kita menyakiti hati ibu bapa, apakah kita sanggup satu hari nanti anak kita melakukan perkara yang sama pada kita pula?” soal beliau.

~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~



Kepada sahabat- sahabat yang masih lagi keliru, ataupun mungkin berada dalam dilemma untuk memilih dua pilihan, nasihat saya, ikutilah ibu bapa, jika kita tidak yakin, maka beristikharahlah sebanyak mungkin untuk mendapatkan kepastian dan kekuatan. Ingatlah apa pun pilihan kita sama ada untuk mencari jodoh sendiri atau mengikut pilihan ibu bapa, keutaamaan haruslah diberikan kepada memilih calon yang beramal dengan agamanya ( bukan sahaja beragama Islam semata- mata). Supaya matlamat perkahwinan intu selaras dengan sunnah Rasulullah S.A.W.

Insyaallah (^_^)

Ahad, 18 September 2011

Mampukah aku menegur mereka.. .

Bismillah
Dengan nama Allah
Aku diberi kekuatan
Untuk menukil beberapa kata

Ya Allah
Betapa tidak mampu hambaMu ini
dalam mencegah yang mungkar
dan mengajak yang maaruf

Betapa ramainya yang kubaca
dalam laman maya mereka
berkisar tentang agama
namun..

Hakikatnya sangat menyedihkan aku
Dalam Al-Quran Allah berfirman
Dalam surah As-Soft ayat 2 hingga 3
Yang bermaksud

~<>~ Wahai orang yang beriman janganlah kamu berkata perkara yang kamu sendiri tidak kerjakan, tidak disukai disisi Allah barangsiapa yang mengatakan tapi tidak pula melakukannya ~<>~

Aku dapati ramainya kawan, teman dan juga sahabatku
serta mungkin diriku sendiri
melakukan perkara sebegini
Mampukah aku menegur mereka

Aku lihat dalam halaman mereka
perkara yang tidak patut aku lihat
aku sedih.. namun..
Mampukah aku menegur mereka

Aku melihat ramai 
yang hendak membawa Islam
tetapi penampilan mereka
pakaian mereka
sikap mereka
perspektif mereka
tidak sepertimana yang mereka ingin bawa
Mampukah aku menegur mereka

Aku menyaksikan ramai yang berjanji
tetapi sesekali tidak menunaikannya
bahkan pula menyakiti hati orang lain
mampukah aku menegur mereka

Aku melihat ramai
yang bercinta sebelum kahwin
penuh dengan janji manis dan pujian
mengambil sesuatu yang bukan lagi miliknya
Namun..
mampukah aku menegur mereka

Aku melihat golongan berilmu dan beragama
sibuk menambah ilmu sendiri
namun tidak pula cuba untuk menyebarkannya
kepada si jahil 
mampukah aku menegur mereka

Mampukah aku..
Ya Allah
 (T_T)
KepadaMu kuberserah
Agar diberi kekuatan
Untuk sekurang-kurangnya
menegur diriku sendiri

"Ingatlah sahabat, jangan sesekali kamu mengatakan perkara yang kamu tidak lakukan, kelak akan memakan diri sendiri, Allah itu maha adil, Dia akan kembalikan sesuatu perkara itu kepada yang berhak menerimanya.."

Nukilan One-In_Saffi

Rabu, 14 September 2011

Aku bukanlah yang terbaik...

Bismillah
kalam bermula dengan nama Allah
yang memberi barokah
dan pemberi magfirah

<><><><><><><><><><>

Di sini aku ingin nukilkan luahan hatiku
bahawa aku bukanlah yang terbaik

Bukan bermakna aku tidak baik
tetapi aku bukanlah yang terbaik

Mengapakah diriku berkata demikian
kerana aku bukanlah yang terbaik

Dalam menjadi hamba Allah
aku bukanlah yang terbaik

Dalam mentaati Allah
aku bukanlah yang terbaik

Dalam menjadi khalifah Allah
aku bukanlah yang terbaik

Juga menjadi teman kepada seseorang
aku bukanlah yang terbaik

Menjadi imam kepada makmum
aku bukanlah yang terbaik

Menjadi daie kepada mad'u
aku bukanlah yang terbaik

Menjadi penolong kepada yang memerlukan
aku bukanlah yang terbaik

Namun
di sini ingin ku tegaskan

Walaupun
aku bukanlah yang terbaik
aku telah pun berusaha
menjadi sehabis baik

Agar segala perkara yang dilakukan
mendapat redha Allah
dan memuaskan hati semua pihak
namun aku bukanlah yang terbaik

Aku tidak mampu untuk mencapai bintang di langit
cukuplah bagiku Engkau wahai Allah
tiada lain yang ku pinta melainkan RedhaMu
walaupun aku bukanlah yang terbaik

<><><><><><><><><><><><><>

nukilan daripada hati yang dahagakan CintaNya
Ya Allah pandulah hidupku ke arah Cinta Mu


Selasa, 13 September 2011

Ku insafi diri ini (T_T)

Bismillah
kalam ini ditulis
semoga beroleh pahala
dan juga barokah

Tika ku termenung keseorangan
mengingati kisah-kisah silam
ada yang duka ada yang riang
menjadikan ku sebentar terdiam

Dikala ku diuji Allah
Oleh penyakit dan sakit
Ku sedar hidup ku lelah
lelah melupakan yang maha membangkit

Disebalik kesakitan ini
Aku melihat rahimnya Allah
Dalam kelalaian ku mengabdi diri
Dia tetap kurniakan hidayah

Ya Allah sekiranya mati lebih baik untukku 
maka matikanlah aku
tiada daya ku ini melawan takdirMu
hanya ku mampu berserah padaMu

Seluruh jiwa ku sakit
Kaulah yang maha penyembuh
Jika sembuh itu baik untukku
maka sembuhkanlah aku

Aku insan yang lemah
ku insafi diri ku ini


Ahad, 11 September 2011

Allah masih sayangkan Aku...

Bismillah
( Dengan Nama Allah kalam ini dimulakan )

Ya Allah
Sesungguhnya tiada daya ku
melakukan semua ini melainkan dengan kudratMu
IradatMu
KekuasaanMu

Ya Allah
Sesungguhnya Kau lah maha Pengasih
Jika kau hendak memberi
Maka dengan mudahnya
Kau memberi

Ya Allah
Aku telah hanyut seketika
Dalam alam yang  FANA
Ampunkan aku Ya Allah

Aku tersilap mengejar sesuatu yang belum pasti
Aku tersilap...
Ya Allah..
Saat ini hambamu menyesal
Hanya mengharap keampunanMu

Ya Allah..
Aku lalai dalam mengejar CINTAMU
Aku lalai Ya Allah
Astaghfirullah

Ku berpesan kepada sahabat yang membaca
Janganlah kalian menetapkan sesuatu dengan yakin
Yakni yakin sesuatu akan berlaku
Kerana tiada apa yang berlaku di dunia ini
melainkan dengan kehendaknya

Bahkan mati kita pun
jika kita hendak mati 
Sekiranya Allah tidak mengizinkan
Tidak akan terjadi

Begitu juga perkara yang lain
Jangan kita menganggap itu hak kita
Mungkin itu  akan menjadi hak orang lain
Jangan mendahului Kuasa Tuhan

Kita ambil kisah sejarah Khalifah Ar-Rasyidin
Yang telah mengetahui
Bahawa ada pembunuh yang mahu membunuhnya
Namun beliau dengan tenang berkata
" Bagaimana mungkin aku mahu menghukumnya,
sedangkan dia belum lagi melakukan pembunuhan tersebut"

Ya Allah, betapa besarnya iman para sahabat Nabi
Tidak menganggap perkara itu berlaku
melainkan perkara itu telah pun berlaku

Maka diriku ini inigin berubah
dan ingin sekali merubah
orang yang senasib dengan ku
Bantulah HambaMu Ya Allah

Hambamu yang insaf dan ingin kembali (T_T)