Sabtu, 29 Oktober 2011

ORANG ISLAM = PENDAKWAH

Bismillah
Alhamdulillah

Baru - baru ini ana pulang ke kampung
bermacam karenah yang ana dapat lihat di kampung

Seperti biasa apabila berada di rumah
Ana selalu membelek TELEVISYEN
dan siaran yang paling ana minat adalah TV Alhijrah
Subhanallah

Seronok ana melihat bahawa TV seperti itu dapat diwujudkan di Malaysia
Pengisian dalam rancangannya cuku bermanafaat kepada Orang Islam dan juga Bukan Islam

Baru - baru ini ana mengikuti satu rancangan dalam TV AlHijrah
Rancangan yang berbentuk PENCAKARAN MINDA
atau PERBINCANGAN ILMIAH
iaitu BICARA

Ana cukup tertarik isu yang terbaru dalam BICARA
iaitu tentang gejala MURTAD
Kepetahan Akhi Amin Idris dalam menjadi moderator kepada perbincangan sangat ana minati
Semangat dan ilmu yang beliau ada beliau gunakan sebaik mungkin untuk memberi penjelasan kepada para penonton

Dengan kehadiran ahli panel seperti yang hebat juga menjadikan perbincanan tersebut lebih telus dan ilmiah
Ana tertarik dengan salah sorang panel yang menyentuh soal DAKWAH yang sekarang ini dilihat semakin EKSKLUSIF kepada golongan tetentu.

REALITINYA sememangnya para PENDAKWAH perlu muhasabah diri
Apakah tujuan kita berdakwah ?
untuk nama ?
atau pangkat ?

Jika kerana Allah kita berdakwah
maka ana menyeru diri ana sendiri dan sahabat dan rakan PENDAKWAH
Sama- sama kita berusaha untuk terjun ke kawasan dakwah yang dipinggirkan oleh orang ramai
iaitu golongan MAT REMPIT dan GELANDANGAN

Mereka ini sebenarnya jahil tentang agama
mungkin disebabkan kurangnya pendedahan ilmu agama oleh ibu bapa mereka
dan kelemahan USTAZ dan USTAZAH mereka dalam mentarbiah mereka
hinggakan mereka boleh terjebak dalam lembah HINA ini

Walaupun mereka telas terjebak
namun menjadi tanggungjawab kita sebagai Khaira Ummah
untuk terus berdakwah kepada mereka sehingga ke akhir hayat

Hadis Rasulullah ada merekodkan yang bermaksud
" Barangsiapa yang mengucap kalimah LAILAHAILLALLAH ( kalimah tauhid menandakan keislaman ) maka dia adalah Daie ( Pendakwah )

Jadi tidak timbul isu hanya golongan Ulama' atau Ustaz dan Ustazah sahaja yang boleh berdakwah
Golongan Profesional seperti JURUTERA, DOKTOR, CIKGU, PEGUAM, bahkan AHLI POLITIK pun boleh berdakwah
Subhanallah ...
indahnya Islam jika kita betul- betul memahaminya

Jika tidak kerana DAKWAH
tidak mungkin Islam akan sampai ke tanah Melayu ini
Jika dikaji sejarah, orang yang menyampaikan ajaran Islam adalah golongan USAHAWAN atau PENIAGA

Jadi mengapa harus kita menuding dan menyalahkan orang lain kerana gejala buruk dan dan maksiat yang berleluasa sekarang ini ?

Jalankanlah tanggungjawab kita sebagai PENDAKWAH
walaupun kita sebagai PEMIMPIN TERTINGGI SESEBUAH NEGARA
DAKWAH tidak harus diketepikan dan diasingkan
Bahkan harus menjadi AGENDA UTAMA begai kita semua

jadilah PENDAKWAH sebelum kita menjadi PEGUAM
jadilah PENDAKWAH sebelum kita menjadi GURU
jadilah PENDAKWAH sebelum kita menjadi PEMIMPIN

Firman Allah

p/s : ana sempat pergi ke JOM HEBOH di kelantan...Alhamdulillah..masih lagi terkawal keadaannya.. =)



Jumaat, 14 Oktober 2011

Pemimpin Yang sebenar...

Bismillah
Alhamdulillah

Hari ini ana lapang
Alahmdulillah setelah banyak malam tidur lewat
( dek kerana kerja tak siap )

Subhanallah
Maha suci Allah
Ana terkejut bila melihat
negara jiran kita 
iaitu BRUNEI

Ana pasti rakyat brunei yang cintakan Islam di sana sangat menyokong
tindakan Sultannya yang menginginkan undang- undang SYARIAH
dijalankan di negara BRUNEI

Ana terfikir sejenak
Walaupun Brunei negara yang kecil
namun semangat pemimpinnya sangat teguh dan kuat terhadap Islam

Antara petikan titah DYMM Sultan Brunei :

Kalau kita masih juga berkata TIDAK atau tunggu dulu, ini adalah tidak kena. Siapakah kita di hadapan Allah untuk berkata TIDAK atau tunggu dulu? Sedang undang-undang ini bukanlah baru digubal, tetapi telah termaktub dalam Al-Quran dan Hadith sejak 1400 tahun lebih lagi.



Subhanallah
Betapa kukuhnya kefahaman sokongan baginda terhadap Islam
Insyaallah berdoa agar hasrat baginda dimudahkan oleh Allah
Dan baginda moga-moga tergolong dalam 7 manusia yang mendapat naungan Allah
Insyaallah

Ana juga mengharapkan
agar di Malaysia dapat dilaksanakan perkara ini
Insyaalah
Semoga pimpinan kita diberi kekuatan dan petunjuk untuk melaksanakan
HUKUM ALLAH
Insyaallah

p/ s : sama2 kita tadabbur surah Muhammad ayat 7..semoga kita semua memperoleh manfaat dan rahmat Allah




Isnin, 10 Oktober 2011

HUKUM ALLAH - Kembali kepada A- Quran dan Sunnah

Bismillah
Alhamdulillah
setelah sekian lama
barulah ana boleh menulis semula
almaklum sebelum ni " wireless " agak bermasalah

Ana sangat tertarik dengan isu yang terbaru yang banyak diperkatakan oleh banyak pihak iaitu
HUDUD

Sebelum ana memberi pendapat ana yang tak seberapa ini
eloklah kiranya kita sendiri melihat dan merujuk kembali
kepada al-Quran dan Sunnah

Apapun masalah yang dihadapi oleh umat Islam haruslah kita merujuk kepada 2 sumber ini
Ada beberapa dalil yang menunjukkan pentingnya kita ummat Islam untuk memegang dan kembali merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah apabila berlaku kekeliruan dan ketidakyakinan :

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata” (QS. Al-Ahzab : 36)
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (QS. An Nisaa’, 4:59)

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),”
(QS. Al Anfaal, 8:20)

“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(QS. Al Anfaal, 8:46)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(QS. Al Ahzab, 33:21)
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Hujuraat, 49:1)
“Kamu semua harus berpegang teguh pada sunnahku (setelah Al-Qur’an) dan sunnah Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk Allah sesudahku, berpeganglah dengan sunnah itu, dan gigitlah dengan gigi geraham kalian sekuat kuatnya, serta jauhilah perbuatan baru (dalam agama), kerana setiap perbuatan baru itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat”(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)
“Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan perkara yang paling buruk adalah perkara yang baru dan setiap bid’ah adalah tersesat”(H.R. Muslim)
“Berpeganglah kamu sekelian dengan Kitab Allah, halalkanlah apa yang telah dihalalkan dan haramkanlah apa yang telah diharamkan.”(H.R. Abu Daud, sahih)
“Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk dan sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya maka ia telah binasa.” (H.R. Ahmad dan Ibn Hibban)




Ana rasa sahabat sudah nampak kepentingan kita merujuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah
Janganlah kita menjadi seperti sesetengah manusia yang mempersoal hukum Allah tanpa menggunakan ilmu dan akal yang waras

Dikhuatiri akan menjerumuskan kita ke dalam kekafiran yakni " KAFIR " dari segi AQIDAH
Nauzubillahiminzalik
Minta semoga kita dan keluarga kita bukan dalam kalangan tersebut.

HUDUD merupakan salah satu kewajipan syariat yang wajib kita jalankan
Sepertimana Ibadah puasa dan sepertimana poligami
kita sebagai ummat islam tidak patut menentangnya
Apatah lagi memerli atau mencerca hukum Allah ini

Astaghfirullah
Bertaubatlah jika kita pernah melakukannya
Sesungguhnya Allah maha pengampun

HUDUD merupakan salah satu HUKUM yang terdapat dalam JINAYAT
yakni bidang jenayah di dalam Islam
Ana 100% yakin bahawa kebanyakan yang mengaji Agama mengetahui akan hal ini

Jom kita mengenali serba ringkas tentang JINAYAT

  Jinayah menurut fuqaha' ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

Pentakrifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman qisas atau diyat.
Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jinayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.

Faedah dan manafaat daripada Pengajaran Jinayat :-

1) Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya


2) Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-menuduh.


3) Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut dan lain-lain.


4) Berhubung dengan keamanan negara dan menyelenggarakan keselamatan diri.


5) Perkara yang berhubung di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di dalam negara Islam (Pembunuhan)


Bentuk hukuman dalam Islam

Mengikut peruntukan hukum syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jinayah syar`iyyah, penjenayah-penjenayah yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyyah apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.

Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut.

1. Hukuman Hudud

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. 
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:

a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak.
b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.

2. Hukuman Qisas

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.

Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.
Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. 
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)

3. Hukuman Diyat

Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:
a) Pembunuhan yang serupa sengaja.
b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).
c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh.
 Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

4. Hukuman Ta`zir

Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.

Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.

Tujuan undang- undang islam ini perlu kembali ditegakkan :


Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:
"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:
"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:
"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)

Bagi menjelaskan lagi ana memberi satu contoh iaitu mencuri :

PENCURI


Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:
Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al- Maidah ayat 38)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas
(Riwayat Bukhari Muslim)

CIRI –CIRI PERBUATAN MENCURI


1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.
2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.
3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya.

HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI

1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-


i) Orang yang berakal
ii) Orang yang baligh
iii) Dengan kemahuan sendiri

2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu.
 Sebagaimana Hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”
(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)

3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)


4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :
” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.
(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)

Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kea’rifan dan kebijaksanaannya.

PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH

Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-


1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.

2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.

3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyeluk saku.

4) Pencurian berlaku di medan peperangan.

5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.

SABIT KESALAHAN MENCURI

1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-


i) Ikrar (pengakuan)
ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil
iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.

2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.

3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.

4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.

PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARI HUKUMAN HUDUD.


1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.

2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.

3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.

4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.

5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.

6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.

7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.

8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.

9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.

10) Pencurian yang dilakukan oleh anak ke atas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).

11) Pencurian yang dilakukan oleh suami ke atas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.

12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.

HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI

Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.


1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.



Insyaallah diharap agar sahabat yang membaca dapat manfaat dan menyebarkan kefahaman kepada yang lain.

Insyallah di lain masa ana akan menulis mengenai undang-undang jinayat yang lain
Pendapat ana, ikutilah peraturan yang telah ditetapkan oleh ' Tuan ' kepada alam ini yakni Allah

Umpama kita baru membeli sebuah komputer. Di dalam kotak komputer itu ada ' buku manual ' yang menjadi panduan kepada kita agar tidak tersalah dan merosakkan komputer itu sendiri.

Begitulah analoginya kita perlu merujuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah
dalam menguatkan kepercayaan dan keyakinan kita terhadap perlaksanaan undang HUDUD

Insyaallah


p/s : jangan komen sebarangan mengenai HUDUD jika anda tidak mengetahuinya, nasihat ana mengaji dan rujuklah kepada tok guru yang mursyid, jangan merujuk kepada orang- orang tua atau orang munafik, nauzubillah, ana pun insan yang lemah, cuma menyampaikan sekelumit ilmu yang ana ada.

Segala yang baik daripada Allah segala kelemahan daripada diri ana sendiri namun pada hakikatnya atas kekuasaan Allah.


Rabu, 5 Oktober 2011

Kau...



Bismillah

Ana ingin kongsikan puisi

yang mungkin sahabt boleh renungkan




<><><><><><><><><><><><><><>




Kau hadir dalam hidupku

Kau membebaskan aku dari mentera kesedihan

Yang melingkari hidupku

Entah apa silapku kau menolak aku ke tepi

Hati yang pernah kau patahkan dulu

Itulah hatiku

Aku sentiasa yakin dan pasti

Tanpamu disisi hidupku tak bererti...

Dengarlah jeritan kesunyian hatiku

Yang kecewa denganmu

Aku tak inginkan dirimu lagi

Lihatlah kekosongan hatiku

Tiada lagi tempat dihatiku untukmu

Tapi..

Itu yang ku katakan dulu

Sewaktu kau tinggalkan aku dan dilukaimu

Akhirnya aku mengerti dan pasti

Aku jumpa dengan apa yang aku cari

Seseorang untuk dicintai

Untuk berpaut

Untuk menjadi inspirasiku

Seseorang untuk di belai dan

Untuk ku hargainya dalam hidupku...

Kerana kau telah pergi

Aku pernah hilang rasa ingin hidup lagi

Sampai saat itu

Aku tahu segalanya tentang hidupku

Aku tertanya-tanya pada diriku sendiri

Bagaimana untuk kembalikan dirimu dalam hidupku

Kerana dirimu...

Yang membuat aku tersenyum hari ini..




<><><><><><><><><><><><><><>




p/s : rujukan @ sumber...cari sendiri ea...sekadar renungan..

Isnin, 3 Oktober 2011

Sabar...

Bismillah
Alhamdulillah
Masih lagi di beri kekuatan
Dalam mencari iman

Hari ini
tiada apa yang ingin ana nukilkan
cuma hari ini ana terus diuji
kali oleh kawan-kawan yang terdekat

lahaulawalaquwwata illa billah
tiada daya diri ini menahan perasaan amarah
namun bila difikir sejenak
tiada gunanya mengikut hawa nafsu

Jadinya
ana terus bersabar
dan akan bersabar
semoga dikurniakan kekuatan oleh Allah
 Insyaallah

(^_^)

p/s : Fikir dulu sebelum bertindak..hehe


Pertolongan..

Bismillah
Alhamdulillah
Akhirnya, dapat peluang untuk menulis

Lahaulawalaquwwata illabillah
Baru- baru ini ana dilanda musibah
4 hari "wireless" terputus

Di saat ana menulis ini pun
masih tidak ada
ana hanya sempat meminjam
" broadband kawan "
itupun pada lewat malam

<><><><><><><><><><><><>

Alhamdulillah
Walaupun masih dihimpit dengan kesakitan
kesempitan
ana masih dapat merasa pertolongan Allah itu dekat

cuba fikirkan
Jika betul- betul kita di pihak yang benar mengapa harus takut
ana sendiri merasai pertolongan Allah

Di saat ana dianiaya
dizalimi
oleh orang sekeliling

Allah menolong dengan memudahkan setiap urusan ana

Rahsianya...



Ana tidak pernah berputus harap kepada Allah
Ana selalu bergantung harap kepadaNya
Bagi ana Dialah penetap segalanya

<><><><><><><><><><><><><><><><>

yang penting kita benar-benar ikhlas
tidak sama-sekali mengharap yang lain
kecuali hanya mendambakan keredhaan Allah

Lillahitaala

<><><><><><><><><><><><><><><><><>

p/s : Kadang-kadang seronok juga baca blog muslimat ni, tapi hati-hati ye, jaga niat tu, innama a'malubinniat, lagi satu jangan sesekali bercakap apa yang kita tidak lakukan. sekurang-kurangnya kita perlu sentiasa mencuba menjadi apa yang kita kata (^_^)

bak kata nabil...lu pikirla sendiri..ada faham..