Rabu, 11 Mei 2011

Bedah buku jap =)


SUBHANALLAH

kalau sahabat baca buku ni sememangnya kita boleh mengagak bahawa qiamat pada tahun 2012 ni satu konspirasi yahudi untuk menakutkan umat manusia di muka bumi ini. namun di sebalik pendedahan ini, pengarang juga memeberi beberapa fakta dan hujah serta bukti yang menarik tentang ramalan ketika berlakunya qiamat . pengarang juga merujuk dengan Al-Quran dan As-Sunnah dalam penyampaian ringkas beliau. buku ni sangat bagus bagi sesiapa yang ingin mengkaji aya Al-Quaran yang berbentuk 'futureristik' iaitu cerita tentang masa hadapan. Wallahua'lam

selamat membaca (^_^)


Sudah sunnah orang berjuang


Hayati lirik ini...

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, meluah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid
Atau menang...

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, meluah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid
Atau menang...

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2008/08/sunnah-berjuang-nadamurni.html#ixzz1BIE6RsNy