Ahad, 10 Januari 2010

Ragam orang .....

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah ana dah selamat pun menjejakkan kaki di IPGM Kampus Kota Bharu. Ana bersyukur juga kepada Allah kerana dengan izinnya ana dapat meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda pendidikan. Selepas melalui orentasi selama 4 hari, nampaknya banyak yang dapat ana pelajari samada dari segi ilmu dan pengalaman. Sebenarnya bukan tentang ini yang ingin ana ceritakan. Cuma sepanjang menempuh hari orentasi PISMP, ana terkenangkan semasa ana di SMKA Sik dahulu. Ana terkenangkan tentang ragam lelaki dan perempuan yang bru masuk. Kerana ana juga pernah menyertai hari orentasi pelajar junior.

     Ana teringatkan zaman ana menyertai BADAR iaitu badan Dakwah dan Rohani di SMKAS. Ketika itu macam-macam ragam yang ana dapat perhatikan samada muslimin dan juga tidak ketinggalan muslimat skali.

     Ana kadang-kadang terfikir adakah muslimat lebih baik dan alim serta serius daripada muslimin dalam bergerak kerja dan berdakwah. Ana mempunyai pengalaman ana sendiri dan ini sekadar pandangan ana semata-mata. Mungkin pandangan ana ini akan kurang disenangi oleh sebahagian muslimat. Tapi tujuan ana menulis di sini adalah untuk tujuan renungan bersama.

    Ana teringat sewaktu ana menaiki bas hendak menuju ke sesuatu tempat, ada seorang muslimat yang ana kenal(hanya kenal muka, nama tak ingat) juga merupakan salah seorang ahli persatuan dakwah di SMKA. Ana pun buat tak tau je la kan, nk tegur x tau nama. Kemudian apbila muslimat tersebut nampak ana cepat-cepat dia pergi ke arah lain. Dengan takdir Allah tinggal 2 saja lagi tempat duduk untuk diduduki. Muslimat itu pun mencari tempat untuk duduk. Dalam hati ana berbisik "mungkin dia akan pilih tempat duduk sebelah ana ni kot untuk duduk" . Namun sangkaan ana itu meleset apabila muslimat itu lebih memilih untuk duduk bersebelahan dengan lelaki lain yang tak dikenali dan ana tengok penampilann lelaki itu dengan rambut seperti "balung ayam" dan berantai. Pelik bukan, sahabat dan rakan seperjuangan dalam gerakan dakwah sanggup duduk dengan orang lain yang tak dikenali, semata-mata untuk menjaga status "muslimah" mereka, tidak bercampur gaul dengan muslimin.

    Kadang-kadang ana tertanya kenapa boleh jadi macam itu. Apa salah kami muslimin hinggakan muslimat tak mahu duduk dengan muslimin,dan sanggup pula duduk dengan orang yang tak dikenali yang mungkin mendatangkan bahaya kepadanya?. Biarlah itu hak mereka kan,mungkin mereka segan dengan muslimin agaknya,siapa tahu kan?.

    Ada suatu situasi pula berlaku di tempat belajar ana. tak perlu lah rasanya ana menulis di mana. Kisahnya ketika ana dengan sahabat-sahabat muslimin yang lain bermesyuarat atau mengadakan perjumpaan antara muslimin dan dan muslimat. An dapat perhatikan rata-rata muslimat menunduk dengan penuh sopan santun dan tak bercakap. Sampai dalam hati ana pun berkata "wah, bagus sungguh lah muslimat kita ni, baik-baik semua". Tanya sepatah jawab sepatah. Hebat.

     Namun yang ana sedihnya sifat mereka ini hanya apabila berada dalam perjumpaan sahaja. Apabila di luar. Masyaallah. Tabarokallah. Astaghfirullah. Ana hampir tak percaya apa yang ana dengar dan lihat. Indah khabar dari rupa. Ana sedih kerana mereka hanya begitu ketika bertemu dengan muslimin yang baik-baik dan tak pula pada muslimin yang lain. Semacam ada 2 personaliti dan watak dalam diri mereka. Satunya ketika berhadapan dengan muslimin yang baik/alim dan satu lagi ketika berhadapan dengan muslimat yang biasa. Sedih. Ana minta maaf kalau ada orang yang akan terasa apabila membaca artikel ni. Ini hanya luahan dan pandangan ana yang hanya bertujuan memperbetulkan apa yang tak betul. Sesungguhnya manusia menjadi musuh kepada apa yang dia tak ketahui. Mungkin muslimat-muslimat yang ana pernah jumpa itu masih lagi belum mempunyai ilmu yang mencukupi dalam hal-hal sebegini.

     Tapi ana sokong bahawa mereka ini sanggup melakukan gerak kerja dakwah. Bagi ana niat mereka sudah betul tetapi hanya disebabkan kejahilan mereka, mereka melakukan perkara sebegitu.Ingatlah kita tak kira lah muslimin atau muslimat perlu lebih kuat bermujahadah. Harus diingat Islam bukan ekslusif, terkurung,separuh-separuh,bertujuan mencari pengaruh atau sekadar ritual semata-mata. Islam. Islam adalah agama yang menyeluruh daripada pelbagai aspek. Ingat, jangan suku-suku kan, kononya bertujuan menjaga hati kawan sehinggakan kita sendiri tak sedar bahawa kitalah yang mengundang fitnah kepada Islam disebabkan pendekatan kita yang dirasakan sesuai. Ingatlah perjuangan Islam bukanlah seperti dibentangkan dengan permaidani merah, mudah, senang dapat pengaruh. Bukan itu.

    Yang sebenarnya perjuangan ini sehinggakan kita kehilangan sahabat karib kita dan juga keluarga. Bahkan jiwa dan raga kita juga. Renungkanlah sahabat. Buka nak mengutuk atau mencaci sekadar ingin memperbetul diri dan juga sahaba-sahabat perjuangan agak niat kita selaras dengan perbuatan kita. Fikirkanlah..

Segala salah dan silap ampun maaf kerana datangnya dari ana segala kebaikan daripada Allah jua datangnya. Namun pada hakikatnya kedua-duanya berlaku dengan ketetapan-Nya


Wallahualam (^_^)