Rabu, 30 Disember 2009

Siapa salah dan siapa tersalah ?

Hari ini ana ada membaca beberapa surat khabar. Rata-rata masih membincangkan tragedi kemalangan ngeri yang mencabut 10 jiwa. Dalam akhbar pertama yang ana baca pada muka hadapan tertera tajuk besar dan juga ditebalkan 'Pandu bas melulu' dan tajuk kecil di bawahnya 'Pemandu nahas 10 maut ikat jamin RM20 000, lesen dirampas'. Nampaknya masyarakat kita masih lagi berada pada takuk pemikiran yang sama dan  tidak berubah. Masakan tidak, mereka melihat rekod pemandu tersebut yang selama ini ternyata bersih dan cemerlang samada dalam rekod polis ataupun JPJ.

     Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita hanya menuduh individu tertentu dan tidak pada perkara yang bersangkutan dengannya. Sepatutnya mereka dahulu memikirkan adakah mereka juga bersalah dan terlibat dalam hal ini?Sudahkah kita memikirkannya sebelum mengeluarkan kata-kata atau hanya mengikut emosi semata-mata?

Pembaca yang budiman,

    Selepas ana membaca surat khabar utama tersebut ana pula beralih membaca surah khabar kedua sementara menunggu adik ana habis gunting rambut. Sayu sekali melihat dua orang tua, ibu dan ayah merayu meminta anak mereka jangan diperlakukan seperti penjenayah. Mereka juga berkata bukan salah anak mereka sepenuhnya. Kerana sebelum ini anak mereka sudah berpengalaman bertahun-tahun dan juga pernah bekerja di syarikat yang berlainanan sebelum bekerja di syarikat sekarang. Ternyata anak mereka merupakan seorang yang berdisiplin dan mengikut peraturan.

     Mereka juga menyatakan bahawa anak mereka juga mempunyai tanggungan isteri dan anak yang perlu dibela. Mereka juga sanggup meminta maaf kepada mangsa yang berkaitan dengan anak mereka. Ironinya akhabar kedua yang ana baca itu juga membincang tentang tragedi nahas kemalangan di Kilometer 280.3 Lebuh Raya Utara-Selatan pada hari Sabtu 26 Disember 2009. Pada tarikh berlakunya TSUNAMI lima tahun yang lalu. Orang tua yang ana maksudkan tadi ialah orang tua kepada pemandu bas tersebut.

         Jadi!!!

    Diharapkan agar saudara pembaca dapat menggunakan akal fikiran yang sejahtera untuk menilai siapa yang bersalah dan siapa yang tersalah.

Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk datangnya daripada kelemahan ana sendiri namaun pada hakikatnya kedua-duanya berada dalam kekuasaan Rabbul Jalil

Wallahua'lam ..(^_^)..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan