Selasa, 29 Disember 2009

Jom Muhasabah Diri Jap



Sesungguhnya baginda Rasulullah saw banyak memberi motivasi kepada umatnya dengan kata-kata hikmat (hadith) yang mampu mengalirkan air mata bagi golongan yang memiliki hati yang sejahtera daripada amalan syirik,nifaq dan menyanggah hukum Allah Taala,tetapi bagi mereka yang keras hatinya daripada amalan terpuji,atau kosong daripada penghayatan agama,walaupun dibacakan ayat el Quran kepada mereka,tetap tidak akan berganjak dan terus berada dalam kesesatan.
Mengenal pasti pesakit yang akan diubati (history of the patient) ,panas atau sejuk?lemah atau kuat? tua atau muda?orang awam atau golongan berpendidikan?Jika dalam hal penyakit badan kita begitu khuwatir dan terus berjumpa doktor,begitulah juga halnya dengan ‘el Qalb’ atau hati kita.Sesungguhnya penyakit hati dan perilaku lebih penting untuk kita beri perhatian.Kerana jika kita gagal dalam usaha mengubati penyakit badan,akibat yang paling berat dan besar hanyalah mati dan seterusnya selesai urusan.Sedangkan penyakit batiniah (hati) jika kita tidak berjaya mengubatinya,ia akan merosakkan kita secara terus menerus,dan ia akan menular pula kepada orang lain dan akan membawa kepada kesengsaraan yang tiada belah kasihan di akhirat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan