Selasa, 21 April 2009

KUASA.........


Assalamualaikum, emm, tiba-tiba saja ana hari terasa pula hendak menulis tentang kuasa. Emm, bila disebut kuasa pasti pelbagai tafsiran dan pandangan yang akan fikirkan. Sudah semestinya kita sebagai manusia tidak boleh lari daripada perspektif kita kepada orang lain dan juga orang lain kepada kita.Politik diwujudkan untuk manusia berkuasa mentadbir sesuatu kawasan atau tempat. Apabila wujudnya politik maka akan wujud juga pertubuhan atau parti politik. Secara tidak langsung akan berlakunya perebutan atau pertandingan untuk mendapat kuasa politik. Pertandingan sebenarnya sangat baik kepada politik kerana parti politik masing-masing akan menunjukkan komited untuk memajukan rakyat samada dari segi ekonomi, sosial, rohani dan hal ini akan menguntungkan rakyat secara umumnya. Tetapi dari sudut yang lain pertandingan ini secara tidak langsung akan membawa perpecahan dalam kalangan rakyat itu sendiri. Hal ini disebabkan oleh tindakan ahli politik atau pengikutnya yang terlalu taksub dengan perjuangan mereka dan mengatakan pertubuhan politik lain tidak betul, bersifat perkauman, dan berbagai-bagai lagi. Itu satu perkara.


Emm,menyebut tentang kuasa ini, banyak manusia yang melakukan pelbagai cara untuk memperolehnya. Antara cara-cara mendapatkan kuasa adalah dengan melakukan pilihanraya, menggulingkan kerajaan melalui gerakan rakyat atau tentera, mengadakan referendum, dan banyak lagi.Bagi individu pula, mereka lebih suka berdampingan dengan pemimpin atasan yang bertujuan untuk menunjukkan bahawa merekalah pelapis yang dicari tanpa memikirkan bahawa orang-orang di bawah mereka ini yang tidak diberi perhatian dalam erti kata lain membodek, ada pula mereka ini yang suka berbahas dan berdebat di khalayak ramai bagi menunjukkan bahawa mereka ini hebat. Emm, yang paling ditakuti dan berbahaya adalah dengan memberi rasuah. Emm, rasuah amat dilarang di dalam ajaran Islam dan ana rasa agama lain pun begitu juga. Hal ini kerana rasuah mempunyai unsur-unsur yang tidak baik seperti tidak telus, tidak amanah, tamak, dan bermacam lagi yang boleh dikaitkan dengan perbuatan tidak bermoral ini. Bagi ana tidak ada untungnya kita menerima rasuah, kerana bagi yang mempercayai tentang Qada' dan Qadar serta Rezeki akan mempercayai bahawa Allah akan memberi rezeki walaupun tidak mewah tapi mencukupi.


Pesan ana kepada yang bertanding tidak kiralah politik ke, ataupun peringkat-peringkat yang lain seperti organisasi, pertama sekali anda perlu berniat ikhlas kerana Allah untuk menegakkan agama, bangsa dan negara dan yang kedua anda perlulah mengukur kemampuan anda untuk menyumbang apabiala memegang jawatan tinngi kelak.................................Wallahua'lam.............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan