Rabu, 5 Oktober 2011

Kau...



Bismillah

Ana ingin kongsikan puisi

yang mungkin sahabt boleh renungkan




<><><><><><><><><><><><><><>




Kau hadir dalam hidupku

Kau membebaskan aku dari mentera kesedihan

Yang melingkari hidupku

Entah apa silapku kau menolak aku ke tepi

Hati yang pernah kau patahkan dulu

Itulah hatiku

Aku sentiasa yakin dan pasti

Tanpamu disisi hidupku tak bererti...

Dengarlah jeritan kesunyian hatiku

Yang kecewa denganmu

Aku tak inginkan dirimu lagi

Lihatlah kekosongan hatiku

Tiada lagi tempat dihatiku untukmu

Tapi..

Itu yang ku katakan dulu

Sewaktu kau tinggalkan aku dan dilukaimu

Akhirnya aku mengerti dan pasti

Aku jumpa dengan apa yang aku cari

Seseorang untuk dicintai

Untuk berpaut

Untuk menjadi inspirasiku

Seseorang untuk di belai dan

Untuk ku hargainya dalam hidupku...

Kerana kau telah pergi

Aku pernah hilang rasa ingin hidup lagi

Sampai saat itu

Aku tahu segalanya tentang hidupku

Aku tertanya-tanya pada diriku sendiri

Bagaimana untuk kembalikan dirimu dalam hidupku

Kerana dirimu...

Yang membuat aku tersenyum hari ini..




<><><><><><><><><><><><><><>




p/s : rujukan @ sumber...cari sendiri ea...sekadar renungan..

Isnin, 3 Oktober 2011

Sabar...

Bismillah
Alhamdulillah
Masih lagi di beri kekuatan
Dalam mencari iman

Hari ini
tiada apa yang ingin ana nukilkan
cuma hari ini ana terus diuji
kali oleh kawan-kawan yang terdekat

lahaulawalaquwwata illa billah
tiada daya diri ini menahan perasaan amarah
namun bila difikir sejenak
tiada gunanya mengikut hawa nafsu

Jadinya
ana terus bersabar
dan akan bersabar
semoga dikurniakan kekuatan oleh Allah
 Insyaallah

(^_^)

p/s : Fikir dulu sebelum bertindak..hehe


Pertolongan..

Bismillah
Alhamdulillah
Akhirnya, dapat peluang untuk menulis

Lahaulawalaquwwata illabillah
Baru- baru ini ana dilanda musibah
4 hari "wireless" terputus

Di saat ana menulis ini pun
masih tidak ada
ana hanya sempat meminjam
" broadband kawan "
itupun pada lewat malam

<><><><><><><><><><><><>

Alhamdulillah
Walaupun masih dihimpit dengan kesakitan
kesempitan
ana masih dapat merasa pertolongan Allah itu dekat

cuba fikirkan
Jika betul- betul kita di pihak yang benar mengapa harus takut
ana sendiri merasai pertolongan Allah

Di saat ana dianiaya
dizalimi
oleh orang sekeliling

Allah menolong dengan memudahkan setiap urusan ana

Rahsianya...



Ana tidak pernah berputus harap kepada Allah
Ana selalu bergantung harap kepadaNya
Bagi ana Dialah penetap segalanya

<><><><><><><><><><><><><><><><>

yang penting kita benar-benar ikhlas
tidak sama-sekali mengharap yang lain
kecuali hanya mendambakan keredhaan Allah

Lillahitaala

<><><><><><><><><><><><><><><><><>

p/s : Kadang-kadang seronok juga baca blog muslimat ni, tapi hati-hati ye, jaga niat tu, innama a'malubinniat, lagi satu jangan sesekali bercakap apa yang kita tidak lakukan. sekurang-kurangnya kita perlu sentiasa mencuba menjadi apa yang kita kata (^_^)

bak kata nabil...lu pikirla sendiri..ada faham..


Selasa, 27 September 2011

Restu Agama dan Ibu Bapa yang mana perlu didahulukan..

Bismilah
walhamdulillah
Dengan nama Allah
kalam ini ditulis

Segala puji bagiNya
Tuhan Sekalian Alam

Ana baru saja lepas menyertai pertandingan Nazam Kebangsaan
Di Pustaka Negara, Kuala Lumpur
Alhmadulillah, banyak pengalaman yang ana dapat
Nazam ini merupakan kejayaan Islam

Hal ini kerana dalam dakwah kepada masyarakat Melayu pada zaman dahulu
perlu menggunakan medium hiburan
Betapa Bijaksananya Ulama' kita pada masa itu yang mencipta Nazam ini
Alhamdulillah, ana dapat merasai bahawa islam itu indah jika kita amalkan sunguh- sungguh

Dalam nazam, terdapat Marhaban, Berzanji, Selawat dan juga Munajat
Semua ini mampu mengingatkan kita kepada Allah
Dan Rasulullah 
jika dihayati sebetulnya.

Namun, hari ini bukan itu yang ana ingin ceritakan
Ana sebenarnya lebih suka untuk menceritakan perkara ini
Ana ada membaca daripada sumber bacaan lain
Ana sangat tertarik dengan isu ini

Apa kata kita sama- sama membacanya
untuk tambahan ilmu dan mungkin koreksi kepada diri kita



~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~

Restu ibu bapa dalam memilih calon

“Kita sangat perlu kepada redha atau restu ibu bapa dalam semua perkara termasuk dalam membina rumah tangga,” kata Ustaz Hj. Ahmad Shukri Yusoff, yang merupakan Ketua Unit Syariah dan Penerangan Khas, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.
Menurutnya, redha ibu bapa amat penting kerana ia membekalkan kita keyakinan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Dan untuk mendapat redha ibu bapa, kita perlu menjaga hati mereka.
“Bayangkan kalau kita melangkah ke alam perkahwinan tanpa doa, restu atau redha ibu bapa, maka di hati kecil kita tidak akan ada keyakinan untuk menempuh alam yang baru itu,” ujar beliau.
Beliau berkata, perkahwinan merupakan satu proses untuk menyempurnakan agama. Tetapi, soal beliau, “Adakah sempurna agama jika sesuatu perkahwinan itu tidak mendapat restu ibu bapa?”
Katanya, perkahwinan yang dibina atas dasar cinta semata-mata umumnya tidak akan kekal lama. “Kalau berkahwin semata-mata kerana cinta, cinta boleh luntur. Kalau disebabkan dorongan seksual, ia juga boleh berkurang. Kalau berkahwin kerana duit, ini juga mungkin satu hari tidak stabil. Begitu juga kalau sebab kecantikan, kecantikan akan pudar akhirnya. Sebab itu Nabi s.a.w. menekankan bahawa perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama. Tanda kita betul-betul beragama, kita berkahwin mengikut sunnah Nabi,” jelasnya dalam temubual di kediamannya di Bandar Baru Bangi.
Dalam soal ini, katanya, ibu bapa umumnya lebih tahu menilai kesesuaian calon menantu kerana mereka melihat dari banyak aspek.



Jika Tak Direstui
Kesan yang jelas bagi perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa adalah gagal mendapat keberkatan. Ustaz Ahmad Shukri Yusoff berkata, hilangnya keberkatan menyebabkan timbul masalah silih berganti dan timbul rasa tidak yakin dalam menghadapi masalah akibat tidak mendapat doa dan redha ibu bapa tadi.
“Kalau ada restu ibu bapa, apabila menghadapi sesuatu masalah, kita rasa yakin boleh menyelesaikannya walaupun masalah itu nampak berat,” ujarnya.  Katanya, perkahwinan itu sesuatu yang membahagiakan tetapi tanpa redha ibu bapa maka lebih mudah berlaku huru-hara. Sebaliknya dengan keredhaan ibu bapa, perkahwinan terasa lebih menyeronokkan.
“Kita sering membaca kisah rumah tangga yang porak-peranda dan berlaku cerai-berai. Kalau dikaji, di hujungnya kita akan dapati perkahwinan itu dulunya tidak mendapat keredhaan ibu bapa. Ada yang disebabkan telah berlaku perkara tidak elok sebelum kahwin maka ibu bapa terpaksa setuju mereka berkahwin walaupun hati kecil mereka tidak meredhainya,” jelasnya.
Ustaz Ahmad Shukri mengajak kita merenung perkahwinan orang-orang dulu yang jodoh mereka betul-betul atas pilihan ibu bapa.  “Kita tengok jangka hayat rumah tangga mereka lebih lama. Sekarang kahwin bermula dari cinta tapi peratus cerai tinggi. Hendak kata tak kenal, sudah kenal. Hendak kata tak cinta sudah cinta. Di situ sebenarnya peranan keredhaan ibu bapa. Keredhaan ibu bapa lebih kuat daripada cinta. Lafaz cinta tidak sekuat keredhaan ibu bapa,” ungkap Ustaz Ahmad Shukri.

Apabila Ibu Bapa Diam 
Diam ibu bapa dengan pilihan jodoh anaknya mungkin menandakan mereka tidak bersetuju, cuma mereka tidak menyuarakannya secara terus-terang. Menjelaskan perkara ini, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff berkata, “Diamnya itu mungkin tanda tidak setuju dengan pilihan anak tetapi dia tidak kata tidak setuju sebab tidak mahu melukakan hati anak.”
Dalam hal ini, katanya, si anak hendaklah cuba memahami isi hati ibu bapa dan menjaga hati mereka.Walaupun diam ibu bapa mungkin juga menandakan mereka berfikir dan bersetuju tetapi si anak perlu bertanya secara berhemah untuk memastikan ibu bapa betul-betul merestui pilihannya.  Katanya, lazimnya jika ibu bapa redha dengan pilihan anaknya, mereka akan iringi dengan nasihatdan kata-kata semangat.
“Tapi jika tiada respons atau hambar saja, anak kena pastikan betul-betul untuk menjaga hati mereka,” ujarnya. Beliau berkata, ada ibu bapa yang menuruti pilihan calon pasangan anaknya setelah didesak atau dipujuk walaupun hati kecil mereka tidak benar-benar meredhainya.
Bawa Berbincang
Hati sudah suka, pasangan ‘ideal’ sudah ditemui tapi ibu bapa pula tidak bersetuju. Bagaimana? Jalan terbaik ialah bawa berbincang, kata Ustaz Ahmad Shukri Yusoff.
“Itu perlunya syura atau perbincangan. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah pertengkaran, bukan perbincangan. Pertengkaran tidak mendatangkan natijah yang baik.” Katanya, banyak masalah yang nampaknya berat dan tidak boleh diselesaikan tetapi apabila dibawa berbincang, ia selesai akhirnya. Begitu juga dengan masalah pilihan calon pasangan.
“Syura yang diadakan dalam keadaan hati bersih dan baik, insya-Allah natijahnya baik,” katanya sambil menambah, bukan ibu bapa saja perlu mendengar pandangan anak tapi anak juga perlu bersikap terbuka dalam mendengar pandangan ibu bapa.  Ustaz Ahmad Shukri berkata, sikap berterus-terang perlu ada dalam berbincang dan kalau perlu, si anak boleh meluahkan perasaannya.
“Ada kes ibu bapa sayang pada anaknya tapi kadang-kadang hendak kawal anaknya dalam semua perkara… Bagi anak, dia rasa dikongkong. Dalam soal ini, ayah atau ibu jangan terlalu ketat sebab Sayidina Ali k.w. menyarankan agar kita mendidik anak mengikut zamannya. Minat dan citarasa tak sama. Bagi si anak, dia juga perlu cuba memahami ibu bapa, kerana niat ibu bapa adalah untuk menjaga demi kebaikan anaknya.”
Menurutnya, jika si anak merasakan ada kongkongan dalam memilih calon pasangan, dia perlu meluahkan isi hatinya tetapi dengan cara yang tertib dan tenang. “Kalau anak diam dan simpan, tidak selesai masalah juga. Memendam perasaan tidak boleh selesaikan masalah. Kena ada proses berterus-terang. Kalau dipendam hingga rasa tertekan, nanti kita akan sakiti hati ibu bapa pula apabila merasakan ibu bapa tidak memahami,” tambahnya.  Katanya, setiap masalah ada penyelesaiannya tapi cara menyelesaikannya perlu betul.
Jaga Hati Mereka Sampai Bila-bila
Hati ibu bapa tetap perlu dijaga sampai bila-bila walaupun seseorang itu sudah ada tanggungjawab lain dalam rumah tangga yang dibina, kata Ustaz Ahmad Shukri Yusoff.
Katanya, bagi seorang wanita yang sudah berkahwin misalnya, tanggungjawab untuk mentaati suami tidak mengurangkan hak ibu bapanya untuk ditaati dan dijaga hati mereka.  “Ada kes anakperempuan yang bila sudah berkahwin, tidak balik jenguk ibu bapa dan tidak hubungi mereka dengan alasan mentaati suami. Tidak dinafikan perlunya taat pada suami tapi dalam masa yang sama dia ada tanggungjawab pada ibu bapa yang hatinya perlu dijaga,” terang beliau.
Beliau menambah, tanggungjawab yang dipikul sebagai isteri atau suami tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabai dan melukakan hati ibu bapa dengan tidak membantu, menghubungi dan mengambil tahu kehidupan mereka. Pendek kata, menurutnya, si anak tidak boleh mengambil sikap, “Saya dah jadi isteri orang atau suami orang, tanggungjawab pada ibu bapa dah kurang.”
“Dalam hidup ini, setiap sesuatu akan dibalas. Jika kita menyakiti hati ibu bapa, apakah kita sanggup satu hari nanti anak kita melakukan perkara yang sama pada kita pula?” soal beliau.

~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~<>~



Kepada sahabat- sahabat yang masih lagi keliru, ataupun mungkin berada dalam dilemma untuk memilih dua pilihan, nasihat saya, ikutilah ibu bapa, jika kita tidak yakin, maka beristikharahlah sebanyak mungkin untuk mendapatkan kepastian dan kekuatan. Ingatlah apa pun pilihan kita sama ada untuk mencari jodoh sendiri atau mengikut pilihan ibu bapa, keutaamaan haruslah diberikan kepada memilih calon yang beramal dengan agamanya ( bukan sahaja beragama Islam semata- mata). Supaya matlamat perkahwinan intu selaras dengan sunnah Rasulullah S.A.W.

Insyaallah (^_^)

Ahad, 18 September 2011

Mampukah aku menegur mereka.. .

Bismillah
Dengan nama Allah
Aku diberi kekuatan
Untuk menukil beberapa kata

Ya Allah
Betapa tidak mampu hambaMu ini
dalam mencegah yang mungkar
dan mengajak yang maaruf

Betapa ramainya yang kubaca
dalam laman maya mereka
berkisar tentang agama
namun..

Hakikatnya sangat menyedihkan aku
Dalam Al-Quran Allah berfirman
Dalam surah As-Soft ayat 2 hingga 3
Yang bermaksud

~<>~ Wahai orang yang beriman janganlah kamu berkata perkara yang kamu sendiri tidak kerjakan, tidak disukai disisi Allah barangsiapa yang mengatakan tapi tidak pula melakukannya ~<>~

Aku dapati ramainya kawan, teman dan juga sahabatku
serta mungkin diriku sendiri
melakukan perkara sebegini
Mampukah aku menegur mereka

Aku lihat dalam halaman mereka
perkara yang tidak patut aku lihat
aku sedih.. namun..
Mampukah aku menegur mereka

Aku melihat ramai 
yang hendak membawa Islam
tetapi penampilan mereka
pakaian mereka
sikap mereka
perspektif mereka
tidak sepertimana yang mereka ingin bawa
Mampukah aku menegur mereka

Aku menyaksikan ramai yang berjanji
tetapi sesekali tidak menunaikannya
bahkan pula menyakiti hati orang lain
mampukah aku menegur mereka

Aku melihat ramai
yang bercinta sebelum kahwin
penuh dengan janji manis dan pujian
mengambil sesuatu yang bukan lagi miliknya
Namun..
mampukah aku menegur mereka

Aku melihat golongan berilmu dan beragama
sibuk menambah ilmu sendiri
namun tidak pula cuba untuk menyebarkannya
kepada si jahil 
mampukah aku menegur mereka

Mampukah aku..
Ya Allah
 (T_T)
KepadaMu kuberserah
Agar diberi kekuatan
Untuk sekurang-kurangnya
menegur diriku sendiri

"Ingatlah sahabat, jangan sesekali kamu mengatakan perkara yang kamu tidak lakukan, kelak akan memakan diri sendiri, Allah itu maha adil, Dia akan kembalikan sesuatu perkara itu kepada yang berhak menerimanya.."

Nukilan One-In_Saffi

Rabu, 14 September 2011

Aku bukanlah yang terbaik...

Bismillah
kalam bermula dengan nama Allah
yang memberi barokah
dan pemberi magfirah

<><><><><><><><><><>

Di sini aku ingin nukilkan luahan hatiku
bahawa aku bukanlah yang terbaik

Bukan bermakna aku tidak baik
tetapi aku bukanlah yang terbaik

Mengapakah diriku berkata demikian
kerana aku bukanlah yang terbaik

Dalam menjadi hamba Allah
aku bukanlah yang terbaik

Dalam mentaati Allah
aku bukanlah yang terbaik

Dalam menjadi khalifah Allah
aku bukanlah yang terbaik

Juga menjadi teman kepada seseorang
aku bukanlah yang terbaik

Menjadi imam kepada makmum
aku bukanlah yang terbaik

Menjadi daie kepada mad'u
aku bukanlah yang terbaik

Menjadi penolong kepada yang memerlukan
aku bukanlah yang terbaik

Namun
di sini ingin ku tegaskan

Walaupun
aku bukanlah yang terbaik
aku telah pun berusaha
menjadi sehabis baik

Agar segala perkara yang dilakukan
mendapat redha Allah
dan memuaskan hati semua pihak
namun aku bukanlah yang terbaik

Aku tidak mampu untuk mencapai bintang di langit
cukuplah bagiku Engkau wahai Allah
tiada lain yang ku pinta melainkan RedhaMu
walaupun aku bukanlah yang terbaik

<><><><><><><><><><><><><>

nukilan daripada hati yang dahagakan CintaNya
Ya Allah pandulah hidupku ke arah Cinta Mu


Selasa, 13 September 2011

Ku insafi diri ini (T_T)

Bismillah
kalam ini ditulis
semoga beroleh pahala
dan juga barokah

Tika ku termenung keseorangan
mengingati kisah-kisah silam
ada yang duka ada yang riang
menjadikan ku sebentar terdiam

Dikala ku diuji Allah
Oleh penyakit dan sakit
Ku sedar hidup ku lelah
lelah melupakan yang maha membangkit

Disebalik kesakitan ini
Aku melihat rahimnya Allah
Dalam kelalaian ku mengabdi diri
Dia tetap kurniakan hidayah

Ya Allah sekiranya mati lebih baik untukku 
maka matikanlah aku
tiada daya ku ini melawan takdirMu
hanya ku mampu berserah padaMu

Seluruh jiwa ku sakit
Kaulah yang maha penyembuh
Jika sembuh itu baik untukku
maka sembuhkanlah aku

Aku insan yang lemah
ku insafi diri ku ini


Ahad, 11 September 2011

Allah masih sayangkan Aku...

Bismillah
( Dengan Nama Allah kalam ini dimulakan )

Ya Allah
Sesungguhnya tiada daya ku
melakukan semua ini melainkan dengan kudratMu
IradatMu
KekuasaanMu

Ya Allah
Sesungguhnya Kau lah maha Pengasih
Jika kau hendak memberi
Maka dengan mudahnya
Kau memberi

Ya Allah
Aku telah hanyut seketika
Dalam alam yang  FANA
Ampunkan aku Ya Allah

Aku tersilap mengejar sesuatu yang belum pasti
Aku tersilap...
Ya Allah..
Saat ini hambamu menyesal
Hanya mengharap keampunanMu

Ya Allah..
Aku lalai dalam mengejar CINTAMU
Aku lalai Ya Allah
Astaghfirullah

Ku berpesan kepada sahabat yang membaca
Janganlah kalian menetapkan sesuatu dengan yakin
Yakni yakin sesuatu akan berlaku
Kerana tiada apa yang berlaku di dunia ini
melainkan dengan kehendaknya

Bahkan mati kita pun
jika kita hendak mati 
Sekiranya Allah tidak mengizinkan
Tidak akan terjadi

Begitu juga perkara yang lain
Jangan kita menganggap itu hak kita
Mungkin itu  akan menjadi hak orang lain
Jangan mendahului Kuasa Tuhan

Kita ambil kisah sejarah Khalifah Ar-Rasyidin
Yang telah mengetahui
Bahawa ada pembunuh yang mahu membunuhnya
Namun beliau dengan tenang berkata
" Bagaimana mungkin aku mahu menghukumnya,
sedangkan dia belum lagi melakukan pembunuhan tersebut"

Ya Allah, betapa besarnya iman para sahabat Nabi
Tidak menganggap perkara itu berlaku
melainkan perkara itu telah pun berlaku

Maka diriku ini inigin berubah
dan ingin sekali merubah
orang yang senasib dengan ku
Bantulah HambaMu Ya Allah

Hambamu yang insaf dan ingin kembali (T_T)



Selasa, 23 Ogos 2011

Susah nak ubah adat yang berakar umbi

Bismillah

Alhamdulillah, ketika ini ana masih dikurniakan kelapangan
masih lagi hidup dan berada di dalam Islam

Bila pulang ke kampung halaman
macam2 ragam yang ana lihat
terutama sekali semasa solat tarawikh

Terutama perkara yang berkaitan dengan 8 dan 20 rakaat
masing2 mengata dan menjeling 
yang 20 jeling kepada yang 8
begitulah sebaliknya

Hairan...
memang hairan
 kenapa perlu dibesarkan perbezaan tersebut
padahal kita adalah sama
sama2 mengerjakan solat tarawikh

hmmm..pelik kan
kenapa tidak ditegur sahaja kepada orang yang tak menunaikan solat tarawikh
mereka itu lah yang berbeza daripada kita
pelik...pelik

Itulah yang terjadi apabila ibadat sudah dianggap adat
apabila berlaku perbezaan
sudah dikata bermacam-macam tanpa menyelidik terlebih dahulu
itulah dilema pemuda sekarang ini untuk mengubah fikiran orang kampung

Namun..
ana sebagai anak jati kampung
perlau meneruskan agenda ini
biarlah apa yang dikata orang
pada hakikatnya Allah sahaja yang tau

KEBENARANNYA

Jadi jangan lah kita berbalah sesama sendiri kerana khilaf ulama' dalam bidang fekah ni memberi rahmat kepada kita untuk melaksanakan mengikut keadaan dan situasi kita

ISLAM ITU INDAH DAN MUDAH

(Lagu raya sudahpun berkumandang, namun jangan lupa terus istiqamah dan bertarawikh dan solat malam )
(^_^)

Isnin, 22 Ogos 2011

CIKGU...

Alhamdulillah..
Hari ini ana dapat menulis dalam ruangan maya ini sekali lagi
masih lagi diberi kesempatan dan ruang
kerana segalanya itu adalah MILIK ALLAH

KITA hanya MEMINJAM DARINYA

Dalam diri ana dihimpit dengan pelbagai ujian
Allah berikan ana sesuatu yang sangat menenangkan hati
iaitu...KANAK- KANAK

Subhanallah..telatah mereka di sekolah
membuatkan ana terlupa seketika
segala kesulitan dan kerumitan

Agak tersentuh bila ada anak didik yang memanggil ana USTAZ
walaupun pada hakikatnya ana bukan lah USTAZ
jauh sekali mengajar agama di sekolah
ana pun pelik..

Nak kata mengajar..tidak
nak kata pakai songkok pun tidak
nak kata mengajar Al-Quran kepada mereka pun tidak juga
Ana tertanya sebab mereka memanggil ana USTAZ

pelik kan ??

Ana cuma agak rapat dengan mereka
dan kadang2 lepak di surau skali dengan mereka
tak pernah pula mengajar agama
cuma sedikit nasihat untuk mengenal Allah

hmm..

Namun ana serahkan kepada si pemanggil 
mungkin mereka menilai daripada sudut yang berbeza
Wallahua'lam

Jangan lupa tingkatkan ibadat di 10 malam terakhir ni (^_^) 

Ahad, 21 Ogos 2011

Ujian ku

Bismillah...dengan nama Allah..

Alhamdulillah setelah sekian lama tak menulis blog,
akhirnya dapat juga ana menitipkan beberapa perkara dalam edisi ini,
' Wamakaru wamakrullah, wallahukhairulmakirin '
Kita merancang Allah juga merancang, dan perancangan Allah adalah yang terbaik.

Selama sebulan ana disibukkan dengan pelbagai kerja
Memang lumrah jika berada di tahap pimpinan
diri kita bukan milik kita lagi
bahkan menjadi milik orng yang kita pimpin

BEGITU BERATNYA AMANAH INI

Ana sendiri kadang berasa khilaf dan insaf
dek kerana kesibukan yang ana tak dapat kawal
kadang2 hubungan ana dengan Allah menjadi renggang

BETAPA LEMAHNYA ANA INI

AMPUNKAN HAMBAMU YA ALLAH

Sepanjang tempoh ini ana diuji dengan pelbagai ujian
PANGKAT, KAWAN, HIBURAN DAN..
PALING ANA TAKUT...WANITA..

YA ALLLAH LEMAHNYA HAMBAMU INI

Ana sepatutnya menjadi kuat dan lebih tabah untuk menunggu
sebabnya ana lelaki..bukan sebaliknya kan ?

Ya Allah berikan ku kekuatan iman dan kefahaman ilmu
untuk persiapan ku bertemu dengan si dia
yang sudahpun ku tahu dan sedang menunggu

BERIKAN KU KEKUATAN UNTUK SABAR DAN BERLAPANG DADA DALAM SEGALA HAL YANG BERLAKU DALAM TEMPOH INI YA ALLAH.

Sesungguhnya Engkaulahpemilik segala hati manusia..

salam ramadahan Al-Mubarak

Khamis, 26 Mei 2011

Bila telefon berdering...

Dengan nama Allah

Alhamdulillah, selesai sudah ujian akhir semester di IPG
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
rasanya itu yang mampu ana ucapkan
buat hamba yang hina kepada Khaliq yang MULIA


Ya Allah lama tak kol famili ' hati ana berbisik '
baru ana  hendak mencapai handset 
bunyi lagu ' Sebiru Hari Ini ' nyanyian Edcoustic

di situ tertulis ABAH
riangnya hati ini Allah yang tau
ana pun terus menjawab panggilan

Ya Allah terasa kasih sayang seorang AYAH masuk dalam QALBU
namun suara AYAH tak sekuat dulu
' ayah tak berapa sihat sangat sejak dua menjak ni ' adu ayah
hati ini merasa sayu sambil berdoa
' Ya Allah, kau kuatkan lah semangat ayahku '

Kemudian mak pula bercakap
' Abang, Mak teringin nak jalan2 di kelantan dan terengganu, insyaallah kalau ada kemampuan abang bawa la  Mak dan Abah jalan2 '
Ya Allah, kadang2 ana terlupa yang ana mempunyai famili di KEDAH
mungkin dek kerana kesibukan di IPG

Masing2 bertanya bila ana akan balik
insyaallah ana akan balik
ANAKMU akan balik
akan ana berusaha membantu mereka semasa masih hidup
semoga diberi kekuatan



selamat balik kampung buat sahabat2 semua.
pulang berhati-hati ingatlah keluarga yang menanti di rumah
  

Ahad, 22 Mei 2011

Formula peperiksaan

Nak kongsi sikit ni, rahsia tau, ni antara kita
nak berjaya DUNIA dan dapat AKHIRAT
NIAT study untuk menuntut ILMU Allah
BUKAN untuk dapat POINTER tinggi
kalau dapat pointer tinggi ALHAMDULILLAH
NIKMAT dan UJIAN daripada ALLAH
barulah HAMBA  ALLAH namanya


DOA
+ 
USAHA
+
TAWAKAL
+
DOA


Pokok pangkalnya kita kena sentiasa berharap dan berserah kepada Allah...
Barulah kita layak bergelar HAMBA ALLAH

renung2 kan dan selamat beramal ( ^_^ )

p/s : sempat lagi menulis dalam blog walaupun esok dah nak ujian ~

Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Guru (^_^)

16 Mei pasti akan diingati oleh semua guru
Apa tidaknya, pada tarikh demikian golongan pendidik diraikan dengan penuh meriah di sekolah..

Sering kita terdengar
Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia

namun sekarang kerjaya guru hanya dilihat sebagai peluang mendapat pekerjaan tetap dan makan gaji
maka berduyun-duyun la mahasiswa lepasan ijazah merebut peluang jadi guru

Bukan ana nak kata yang tidak baik, ada yang baik, namun kebanyakannya tidak
jadi timbul la isu seperti ' ustaz cabul' ,' guru rogol', dan macam2 lagi..

Jadi sape yang nak jadi guru tu, nasihat saya berbaliklah kepada Al-Quran dan Hadis
Apakah tanggungjwab guru yang sebenar


GURU SEBAGAI MURABBI
Atau dalam bahasa modennya guru sebagai pembimbing atau fasilitator
sentiasa memastikan anak buahnya melakukan perkara yang benar
jika salah menegur dengan bijaksana

Jadi contoh GURU TERBAIK adalah RASULULLAH S.A.W 
firman Allah dalam kitab suci 
' innama mui'ztu liutammima makarimal akhlaq'
sesungguhnya tidak aku(Allah) utuskan kamu( Muhammad) melainkan untuk mengajar dan menyempurnakan akhlaq

jadi sama2 la kita berusaha untuk menjadi guru yang mempunyai ciri2 seperti
MUALLIM
MUDARRIS
MUADDIB
MURABBI
MURSYID

segala amalan kita, amanah kita akan Allah tanya di Akhirat kelak
Wallahua'lam

Selamat Hari Guru



Pahala 'free' , usaha pun diberkati..

Alhamdulillah
Dah selesai berdiskusi dengan PM UKM...
bnyak input yang ana dapat..
ILMU
KEMAHIRAN
KAWAN
dan paling penting sekali 
.......
MAKAN

(^ _ ^)

memulakan bicara
lontaran idea daripada YDP PM UKM
Diskusi yg berjaya memberi kesan

************************

Esok pula nak solat hajat
alhamdulillah..dah teruk2 study tu kan apa kata kita memohon kepada yang MEMBERI KEPUTUSAN dan YANG MENENTUKAN...
tentu bertambah berkat dan nikmat kan..
firman Allah dalam Al-Quran
' ud'uni astajiblakum'
berdoalah nescaya akan ku ( Allah ) perkenankan


jadi jangan putus asa dalakm berdoa tau
kebergantungan kita hannya kepada Allah..
salam imtihan buat sahabat =)


Sabtu, 14 Mei 2011

Negarawan Terulung di zaman pertengahan



Ini lah negarawan yang patut kita teladani dan contohi.
Pada usia semuda remaja telah diberikan tanggungjwab oleh ayahnya untuk memerintah sebuah empayar yang dinamakan Turki Othmaniyyah

Beliaulah Sultan Mohamad Bin Murad atau lebih dikenali sebagai 'Sultan Mohamad Al- Fateh'
Pembuka kota Konstantinople yang merupakan kubu kuat Rom sajak zaman- berzaman.

Namun dengan keimanan, keazaman dan kekuatan yang dimiliki membolehkan misi itu berjaya selaras dengan hadis rasulullah S.A.W ketika baginda  sama-sama dengan para sahabat lain menggali parit dalam Khandak @ Azhab.

Hadis baginda berbunyi ' konstantinople pasti aakan ditawan, sebaik-baik raja adalah raja ketika itu dan sebaik-baik tentera adalah tentera ketika itu '

Maka contohilah negarawan yang boleh membawa kita ke Akhirat..insyaallah.


p/s : sedang sudy untuk berdiskusi dengan MPP UKM =)