Sabtu, 25 Julai 2009

Warkah untuk Zaujah...


Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."


Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.


Dariku, Bakal suamimu.




Sabtu, 23 Mei 2009

Sesungguhnya Solatku...............

Assalamualaikum,emm,rasanya lama ana dah x 'update' blog ana ,emm,sedang ana mencari maklumat untuk dimasukkan ke dalam blog ini ,ana ada terbaca suau keratan hadis yang ana rasa kebanyakan daripada antum sedia maklum mengenainya ,hadis ini berkaitan dengan solat .Jika antum telah membaca hadis ini anggaplah tulisan ini sebagai tazkirah yang bertujuan untuk mengingatkan kita yang selalu lupa dan lalai..
Semasa di Dunia Para sahabat bertanyakan ,apakah seksa yang didapatinya(orang meninggalkan solat) semasa di dunia ,jawab Nabi SAW :
1.Hilang berkat umurnya(hidupnya cuma dengan kekosongan, walaupun kelihatan hidupnya mewah,kemewahanya itu hanya istidraj belaka).
2.Hilang keberkatan rezekinya(rezekinya terbuang kepada sia2 belaka,walaupun ia kaya raya tetapi kekayaannya itu menjadi laknat baginya. 3.Dihilangkan ALLAH tanda orang soleh pada mukanya.
4.Tidak diakui ia masuk golongan Islam(ia termasuk kepada golongan MUNAFIQ,zahirnya sahaja Islam,batinnya MUNAFIQ).
5.Segala amal baik yang dikerjakannya(sedekahnya dan lain-lain)tidak memperolehi pahala.
6.Doanya tertolak Menurut yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a,katanya telah mendengar Rasulullah saw bersabda-“Bermula orang meninggalkan sembahyang itu ia dari golongan Islam,Allah tidak menerima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah,puasa dan syahadatnya.”

Semasa Hampir Ajal Kemudian bertanya lagi para sahabat ,’Ya Rasulullah ,apa pula seksa yang akan diterimanya sewaktu hampir ajalnya?” Jawab RASULULLAH SAW:
1.Adalah matinya dalam kehinaan(yakni pencabutan ruhnya dengan tidak ada belas kasihan).
2.Matinya dalam kelaparan(maksud kelaparan di sini bukan kerana tiada makanan yang sedia,tidak,hanya makanan cukup,tetapi nafsunya tiada lagi,perut lapar tetapi tidak dapat memakan sesuatupun kerana hebat sakitnya sewaktu ruhnya akan keluar).
3.Matinya juga dalam dahaga,dan kalaupun sekiranya diminumkan air yang ada didunia ke mulutnya sekalipun,tidak bisa menghilangkan kedahagaannya kerana sakit penanggungannya di waktu sakratulmaut itu. Ada riwayat yang menjelaskan bahawa kepada orang yang meninggalkan sembahyangnya akan Allah suruh seekor ular besar.”SUJA’UL AKRA” namanya. Mata ular itu dari api,sedang ular itu bertangan dan berkuku daripada besi,lain dari yang lain.Suja’ul Akra ni membawa alat pemukul dari besi yang berat.Ia akan berkata kepada mayat itu dengan suaranya yang bagaikan halilintar,katanya”Aku disuruh Tuhanku untuk memukul engkau sebab engkau meninggalkan fadhu Subuh sehingga waktu Zuhur,kemudian dari Zuhur ke Asar,dari Asar ke Maghrib,dari Maghrib ke Isya’ dan dari waktu Isya’ hingga sampai ke Subuh” lalu “Suja’ul Akra” itu memukul si mati, setiap kali dipukul lenyap terbenam ke bumi sedalam beberapa ratus hasta. Kemudian dikeluarkannya dengan kuku besinya itu,lalu bertanya seperti permulaan dan dipukul lagi dengan hebat dan dahsyatnya sekali. Demikianlah terus menerus hari demi hari sehingga ke Kiamat kelak (Naudzu billahi min dzalik).Ada juga orang-orang kurang yakin adanya azab atau siksa di kubur itu. Semasa Bertemu TuhannyaAdapun seksa ketika bertemu dengan Tuhannya di Hari Kiamat kelak, maka datanglah seorang malaikat yang menyeksanya yang padanya rantai panjang.Rantai itu diikatkan ke leher orang yang meninggalkan sembahyang itu seraya dimasukkan ke mulutnya dan keluar langsung dari duburnya.Dengan demikian ia ditarik-tarik dan disentap-sentapkan, hal keadaannya tunggang-langgang dan malaikat yang menghelanya itu berteriak-teriak katanya:“Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan sembahyang yang difardhukan". Kemudian langsunglah orang itu ditarik serta dihumbankan ke Neraka Jahanam yang bernama “Saqar”.Kedua,keluar dari seksanya kelak,tidaklah Allah mengampuni ke atasnya dan bagi mereka yang meninggalkan sembahyang itu,seksa dan azab yang hebat dan pedih.Ketiga, nanti sewaktu di Hari Kebangkitan,Allah tidak menaruh rahmat serta belas kasihan kepadanya. Kisah PengajaranBaik juga rasanya jika dikemukakan satu cerita yang terjadi di zaman Khalifah Abu Bakar,bagaimana hebatnya terjadi terhadap seorang mayat yang salah satu sebab ianya terseksa adalah kerana meninggalkan sembahyang. Ada seorang penduduk di zaman Khalifah Abu Bakar meninggal dunia.Setelah dimandikan dan dikafani telah diletakkannya di sudut rumah dengan maksud hendak disembahyangkan.Apabila yang hadir telah bersaf-saf hendak memulakan sembahyang mayat itu, tiba-tiba kafan si mati nampaknya bergerak-gerak sehingga mereka yang berada di samping mayat takjub dan kehairanan melihatnya.Mereka sama serentak saling berbisik dan bertanya dan semua menyangka bahawa si mayat hidup kembali. Salah seorang daripada mereka maju ke hadapan dan mengurai ikatan kafannya sambil yang lain-lain sama mendekati jenazah itu.Alangkah terperanjatlah mereka apabila kafan si mayat sudah terbuka, dilihat mayat masih tetap mayat hanya dalam kafan menyelubungi tubuh mayat tersebut seekor ular,seraya menggigit seluruh tubuh si mayat.Serentak mereka yang hadir di sana menyuruh diambil kayu untuk memukul ular tersebut.Belum sempat mereka mendapatkan kayu itu,sang ular lantas berkata dengan fasihnya-“Asyhadu allaa ilaaha illallah,wa-asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.Apakah sebabnya kamu hendak membunuh aku.Aku tidak bersalah dan menyakiti kamu.Aku hanya menjalankan perintah Allah menyeksa mayat ini.Aku disuruh menggigitnya dan menyeksanya hingga ke Hari Kiamat.” Orang ramai berasa hairan lalu bertanya-“Apakah sebabnya maka engkau disuruh menyeksa mayat saudara kami ini?Apakah dosa dan kesalahan mayat ini?”Jawab ular itu-“Mayat ini hayatnya berbuat 3 macam kesalahan yang menyebabkannya diseksa.
1. Dia mendengar azan tetapi tidak dihiraukan dan tidak dia pergi menunaikan solat dengan berjemaah.
2.ianya enggan mengeluarkan zakat hartanya.
3.tidak mahu mendengar nasihat baik dari para alim ulama.Maka oleh itulah ianya diseksa sedemikian rupa” Demikianlah menurut kisahnya yang terjadi di zaman itu.Harapnya menjadi perhatian kita hendaknya.Barangkali kisah yang diceritakan cukuplah mendorong keinsafan bagi kita ,diteliti bagaimana hebat penderitaan seksanya.
“JUSTERU ITU, BERSEGERALAH ANTUM BERTAUBAT SEBELUM TIBANYA AJAL MAUT”

Rabu, 22 April 2009

ANA @ SAYA

Assalamualaikum, hari ini ana berasa sangat keliru, emm, siapakah diri ana ini? apakah yang ana cari dalam hidup ini? ana pun kurang pasti??? emm, hari sememangnya tidak serupa dengan masa lalu. Apabila bercakap tentang masa lalu ini, ana terimbau-imbau kenangan lama yang ana rasa tak mngkin luput dalam ingatan ana, melihatkan cara ana dibesarkan di kawasan kampung dan kehidupan yang sederhana, ana tak sangka bahawa ana boleh menjadi seperti ana pada hari ini. Ana sebenarnya baru lagi mengenali tentang laman web dan peggunaannya yang sangat luas terutama sekali dalam penggunaan blog, sebenarnya blog ini merupakan luahan hati atau kemungkinan diari seseorang. Tapi sekarang ini orang lebih mempercayai tulisan blog daripada berita atau pun akhbar. Emm, saudara fikirlah sendiri apa sebabnya???............Wallahua'lam........

Selasa, 21 April 2009

KUASA.........


Assalamualaikum, emm, tiba-tiba saja ana hari terasa pula hendak menulis tentang kuasa. Emm, bila disebut kuasa pasti pelbagai tafsiran dan pandangan yang akan fikirkan. Sudah semestinya kita sebagai manusia tidak boleh lari daripada perspektif kita kepada orang lain dan juga orang lain kepada kita.Politik diwujudkan untuk manusia berkuasa mentadbir sesuatu kawasan atau tempat. Apabila wujudnya politik maka akan wujud juga pertubuhan atau parti politik. Secara tidak langsung akan berlakunya perebutan atau pertandingan untuk mendapat kuasa politik. Pertandingan sebenarnya sangat baik kepada politik kerana parti politik masing-masing akan menunjukkan komited untuk memajukan rakyat samada dari segi ekonomi, sosial, rohani dan hal ini akan menguntungkan rakyat secara umumnya. Tetapi dari sudut yang lain pertandingan ini secara tidak langsung akan membawa perpecahan dalam kalangan rakyat itu sendiri. Hal ini disebabkan oleh tindakan ahli politik atau pengikutnya yang terlalu taksub dengan perjuangan mereka dan mengatakan pertubuhan politik lain tidak betul, bersifat perkauman, dan berbagai-bagai lagi. Itu satu perkara.


Emm,menyebut tentang kuasa ini, banyak manusia yang melakukan pelbagai cara untuk memperolehnya. Antara cara-cara mendapatkan kuasa adalah dengan melakukan pilihanraya, menggulingkan kerajaan melalui gerakan rakyat atau tentera, mengadakan referendum, dan banyak lagi.Bagi individu pula, mereka lebih suka berdampingan dengan pemimpin atasan yang bertujuan untuk menunjukkan bahawa merekalah pelapis yang dicari tanpa memikirkan bahawa orang-orang di bawah mereka ini yang tidak diberi perhatian dalam erti kata lain membodek, ada pula mereka ini yang suka berbahas dan berdebat di khalayak ramai bagi menunjukkan bahawa mereka ini hebat. Emm, yang paling ditakuti dan berbahaya adalah dengan memberi rasuah. Emm, rasuah amat dilarang di dalam ajaran Islam dan ana rasa agama lain pun begitu juga. Hal ini kerana rasuah mempunyai unsur-unsur yang tidak baik seperti tidak telus, tidak amanah, tamak, dan bermacam lagi yang boleh dikaitkan dengan perbuatan tidak bermoral ini. Bagi ana tidak ada untungnya kita menerima rasuah, kerana bagi yang mempercayai tentang Qada' dan Qadar serta Rezeki akan mempercayai bahawa Allah akan memberi rezeki walaupun tidak mewah tapi mencukupi.


Pesan ana kepada yang bertanding tidak kiralah politik ke, ataupun peringkat-peringkat yang lain seperti organisasi, pertama sekali anda perlu berniat ikhlas kerana Allah untuk menegakkan agama, bangsa dan negara dan yang kedua anda perlulah mengukur kemampuan anda untuk menyumbang apabiala memegang jawatan tinngi kelak.................................Wallahua'lam.............

Isnin, 20 April 2009

ANTARA REALITI DAN FANTASI


Assalamualaikum,hari ini seperti biasa ana pergi ke kelas untuk menelaah ilmu secukupnya untuk bekalan bakal anak didik pada masa kelak.Semalam ana ada terbaca sebuah akhbar tabloid di sebuah kedai sewaktu hendak mengeluarkan duit di bank.Akhbar itu menyatakan bahawa seorang pemimpin tertinggi suatu pertubuhan politik telah "menarik balik"cadangan beliau untuk menjalinkan kerjasama dengan petubuhan politik lain demi kepentingan rakyat memandangkan keadaan politik dan negara sekarang yang tidak begitu stabil.Emm,mungkin ramai yang tertanya,kenapa tindakan itu diambil?apa alasan yang menyebabkan cadangan yang baik dan mulia serta sangat dituntut oleh Baginda Rasulullah S.A.W ditarik balik?Emm,nampaknya persoalan demi persoalan akan terus muncul daripada pelbagai pihak.Ana sebagai orang muda pun tidak faham dan tertanya-tanya sebab berlakunya perkara itu.Mungkin mereka yang berkaitan mempunyai alasan yang cukup kukuh dan ampuh untuk bertindak sebegitu.Apapun ana berharap agar segala keputusan mereka itu berlandaskan agama dan mengikut Al-Quran dan As-Sunnah,dan tidak demi menjaga kepentingan orang lain,kerana kepentingan dalam menegakkan Syiar Islam lebih utama daripada segalanya..................................

Wallahua'lam

Ahad, 19 April 2009

PILIHAN RAYA


Assalamualaikum,emm,ini kali kedua ana membuka blog ana,kerana sedikit sibuk dengan pelajaran sewaktu mengikuti kuliah.Sejurus selepas kuliah,ana ada terbaca sebuah akhbar yang menceritakan akan berlakunya pilihan raya kecil.Emm,nampaknya negara kita sekali lagi akan berdepan dengan pilihan raya kecil yang kini dilihat sudah pun dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang sebenarnya amat cerdik dalam bidang perundangan tapi menyalahgunakan kecerdikan itu untuk kepentingan tertentuMereka ini menggunakan demokrasi untuk menghalalkan segala perbuatan mereka tanpa mereka sedari demokrasi ini asalnya daripada mana?dan siapa yang sebenar pencipta demokrasi?.Emm,ana rasa saudara pembaca boleh menjawabnya.Mereka ini amat mudah sekali mementingkan diri sendiri meletakkan jawatan tanpa memikirkan rakyat yang menyokong dan mengundi mereka mungkin masih memerlukan khidmat mereka sebagai wakil rakyat.Emm,lagi satu ana ada terbaca satu kolum akhbar berbincang tentang hal ehwal orang Islam-Melayu.Ana sebagai generasi muda yang rasanya masih tidak terpengaruh dengan mana-mana persatuan atau pertubuhan secara radiakal berasa kecewa kerana umat Melayu-Islam kini makin berpecah disebabkan oleh hal yang boleh dirundingkan sesama mereka.Alangkah sedihnya jika Rasulullah masih hidup dan melihat keadaan yang berlaku di bumi kita ini,umat Islamnya berpecah-belah,kerana sewaktu hayat Baginda S.A.W,Baginda mencuba sedaya upaya untuk menyatukan umat Islam di Madinah dan juga Mekah serta akhirnya Baginda berjaya melakukannya.Namun kita selaku umatnya yang lemah dan tidak maksum seperti Rasulullah pula beriya-iya untuk berpecah sesama sendiri demi kepentingan tertentu.Rasulullah pernah berpesan dalam sabdanya'Jika dalam kalangan kamu ada khilaf sesama sendiri dalam menetapkan sesuatu perkara atau hal,hendaklah kamu semua berbalik(merujuk)kepada Al-Quran dan Sunnah'...Auqamaqal...

Oleh itu,ana berharap agar umat islam dapat bersatu dan hukum Islam dapat ditegakkan....

Insyaallah...Wallahua'lam

Jumaat, 17 April 2009

Salam Taaruf

Asslamualaikum,emm,alhamdulillah,akhirnya ana berupaya mewujudkan blog ana sendiri walaupun ana masih lagi terkapar-kapar dalam melengkapkan diri dalam bidang ICT.Diharapkan agar segala kekurangan atau kesilapan dapat dimaafkan kerana ana bukanlah orang yang pakar dalam bidang ini.Ana harap dengan adanya blog ini akan memberi ana peluang untuk mengeluarkan pendapat ana yang masih kurang dari sudut pengalaman dan ilmu.Wallahuallam...